Sunday, January 29, 2012

Aiman call

Sahabat blog.

Dah masuk hari baru.
Ahad dah tiba.

Jap tadi.
Aiman call.
Bukan ada apa-apa pun.
Sekadar nak tahu result bola malam ini.
Kelantan VS KL dan LIV VS Man U.
dah tahu, seronoklah.
Kelantan 3, KL 0.
Lebih-lebih lagi bila LIV menang.
Tidur lena la gamoknyo.

dok hostel mana boleh tengok bola.
TV pun mungkin tak ada.


Saturday, January 28, 2012

Karnival Karangkraf 2012.

Sahabat blog.

Sabtu. Ramai yang cuti @ masih bercuti.
Masih di kampung.
Esok baru bertolak ke kota raya.
Perguna cuti sepuas-puasnya.
Kalau tak rugi.
Cuti Raya Cina sampai ahad.
Isnin baru kerja semua.
Lama cuti tu bro.
Nak mula kerja, bisa liat.
Bisa malas.
Bisa kelewatan hari isnin.
Jalan pun sesak kembali.
Aku hantar anak sekolah pun perlukan 30 minit baru sampai.
2,3 hari lepas, hanya 15 minit, dah sampai sekolah anak aku.
wow! bukan selalu dapat peluang begini.

Hari ini.
Seronok juga.
Tak payah hantar anak ke sekolah.
Dah seminggu bertugas hantar anak ke sekolah
dan mungkin menjadi tugas aku untuk sepanjang tahun 2012.
Mula-mula tu, liat juga tapi bila dah lama dah jadi biasa.
Timbul pulak keseronokan, pagi-pagi hantar anak ke sekolah.

Sebenarnya tahun 2012, baru aku kena hantar anak ke sekolah.
Tahun-tahun lalu, aku punya anak buat yang buat kerja ini.
Aku tugaskan dia buat kerja tu, bukan free, bergaji tau.
Tapi tahun ini, aku ambil alih tugas tersebut.
Gerak kerja biz pun lebih tertumpu lembah Kelang buat masa ini.
Cuma sekali-sekala je keluar dari lubuk ini.
Itu pun hanya hujung minggu dan tak kacau aku punya tugasan pagi.
Lagi pun Ameerah sekolah dekat USJ sahaja.
Dekat je dengan aku punya rumah.

Jam 6.45 petang semalam. Aku jejak kaki ke sini. Happy sakan. Walaupun tersesat. Ribuan buku tersedia untuk dimiliki.
Ternyata lebih besar, lebih gempak. Lebih banyak booth pameran selain booth jualan.1,2 jam memang tak cukup. Nak pilih buku pun tak sempat kalau gi setakat 2 jam.


Pagi dan sepanjang hari ini.
Apa mahu buat?
Aku akan habiskan beberapa buah buku yang aku beli semalam.
Harap-harap bisa habiskan, mana-mana buku yang patut.

Karnival Karangkraf 2012, juga aku beli beberapa buah buku.
Murah pulak tu.
Buku lama harganya RM5, RM10.
Kalau buku baru, diskaun 30%.
Itu yang borong sakan.
Ada juga buku-buku yang aku tak jumpa pun kat kedai-kedai buku.
Kat karnival ada, apa lagi sapu terus.

Wow! sempat bergambar dengan Dato' Ustaz Hj. Md. Daud Che Ngah. Ustaz pun ada jaga booth juga. Sempat lagi sembang-sembang dengan Ustaz. Kat booth Ustaz, ada jadual Umrah & Ziarah tahun 2012/1433H, yang ditawarkan oleh syarikat Andalusia Travel & Tours.
Salah satu booth yang ada. Harley Davidson. Memasang impian. "Satu hari nanti, pasti kau ku miliki."Tak nak beli motor, beli la lain-lain barang. Baju ke. Topi ke....

Ini pulok Cagiva. Harganya boleh tahan juga RM88K. Kat karnival boleh tengok. Mungkin hari ini, crew yang jaga ada. Boleh tanya-tanya. Mana tahu berkenan dan kena dengan baget. Meniaga sedang naik..

Booth penulis pun ada.
Boleh jumpa dengan penulis sendiri.
Mungkin hari ini, booth mereka sendiri yang jaga.
Boleh sign autograf...hi!hi sebagai kenangan.





DR telah melancarkan buku tulisan ke 100. WOW! hebatnya DR. Semalam pun aku tengok, Dr cukup-cukup bersemangat. Cukup-cukup ceria. Apa-apa pun tahniah buat Dr, penyumbang kepada khazanah bangsa Melayu.


Salah sebuah novel yang aku beli semalam. Bila nak baca pun belum pasti lagi. Mungkin tak berapa sesuai dengan usia aku. Tapi aku beli kerana kagum dengan kebolehannya menulis. Masih muda dan masih belajar. Aku lebih berumur dari dia pun tak ada buku sendiri. Dia dah ada 4 buah, kalau tak silap aku. Semalam dalam Berita Harian ada kisahnya. Itu yang buatkan aku beli novelnya.




Friday, January 27, 2012

Call!

Semalam.
Jam 10.45 malam.
Dapat call.
Entah, tak tahu dari sape.
Tak naik nama.
Aku jawab.
Rupa-rupanya anak buah.
Call nak bagitahu, chek kat Hospital Tanah Merah.
Sembab, kaki dan muka.
Tak boleh kencing.
Dr. masuk wayar, untuk keluarkan air kencing.
Nasib baik ada Pok Teh.
Pok Teh yang bawa gi spital.
Kena paksa.
Tak paksa, tak nak gi spital.
Orang tua, gitulah sifatnya.
Nok dok kat rumah.
Walaupun sakit.
Umurnya pun dah cecah 80 lebih.
Lagi pun chek tak leh tidur terbaring.
Tidur pun sambil duduk sahaja.
Ini dah lama.Tidur sekejap-sekejap.
Asyik terjaga saja.
Kalau X ok.
Aku kena balik....

Sekejap tadi dah call anak buah.
check dah ok sikit. tapi mungkin kena tahan kat spital sehari dua lagi.
Nasib baik anak buah yang belajar kat UPM masih bercuti.
Boleh teman chek kat hospital.
Boleh bergilir dengan mek.
Kalau tak susah juga.
Tambahan mek pula, tak boleh berjaga sangat malam.
Poning kepala, kalau tak cukup tidur.

Aku doakan agar chek cepat sembuh.


Wednesday, January 25, 2012

Amar Pada 25/1/12

Amar.
Bersama permaianan barunya.
Burung dalam sangkar.

wow!
ralit Amar main pagi tadi.
Malam dah puas main.

Muhammad Khaleed Amar.

Cuti!!!!


Masih sunyi. tak berapa sibuk. tak banyak kenderaan lalu lalang. hantar anak sekolah pun cepat je. tak jem. seronok kalau setiap hari begini. tapi aku yakin suasana begini pasti berakhir. kalau tak petang ni, pagi esok. kembali sibuk. kembali sesak jalan. kembali banyak kenderaan.

Hari ini,masih cuti. sekolah masih cuti. kedai-kedai banyak masih tutup. pejabat masih lengang. masih ramai yang bercuti. masih ramai,masih di kampung terutamanya guru-guru. Lebih-lebih lagi kalau ke 2 2nya guru. kalau salah seorang kerja lain, mungkin dah balik KL. hari ini opis dah mula kerja.

Rabu depan cuti hari wilayah(1/2). sorry untuk wilayah persekutuan sahaja. lain-lain jangan pulak bercuti. Ahad(5/2) cuti Maulidurrasul. Jadi isnin(6/2) akan cuti. Ada satu lagi cuti (selasa)iaitu hari thaipusam(7/2). Tak semua negeri cuti. KL, Putrajaya, Johor, N9, Perak, dan Selangor. Lain-lain kerja. bagus ke cuti selalu. belum panas kerja, dah cuti. hi!hi!hi!

Kerja opis je selalu cuti. Berniaga mana ada cuti sangat. Kedai mana selalu tutup. Kerap cuti, produktiviti menurun. Tak kaya la bro........



Tuesday, January 24, 2012

LCCT

LCCT.
Hantar Aiman.
Nak ke Kelantan.
Esok dah sekolah.
Akan kembali semula ke KL, 1 bulan dari sekarang.
Dah berubah sakan. Dah berdikari.


tengahari nanti aiman akan terbang ke KB semula. esok dah sekolah. sekolah minta cuti, rabu dan khamis. Tapi YIK tak lulus. dah lama cuti. dah 5 hari. dah cukup. lagi pun sekolah baru buka. enjin belum betul-betul panas dah cuti panjang.

flightnya jam 3.40 petang. sampai jam 4.40 petang. wan inda akan ambilnya dari airport. hantar ke asrama. tapi ke ke airport mungkin 2 jam awal. aiman mana boleh lambat.

bulan 2 mungkin tak balik. aku akan turun KB pada 24/25 feb ini. jadi tak payah balik.

baby dah 2 hari tidur kat rumah cdm kuyah. hari ini baru balik. esok dah sekolah. sekolahnya tak ambil cuti untuk hari rabu, khamis dan jumaat. sekolah agama dan tak ada pelajar cina. tak payah sekolah ganti.


Monday, January 23, 2012

TETAMU


Semalam.
Aku terima tetamu.
Anak buah, datang dari JB.
Sedara dari Meru Ipoh.
Sempat makan malam rumah aku.
Pekena sup tulang, kari terung, sambal tempoyak.
Simple tapi menyelerakan.



Anak buah aku ni mengajar kat sekolah johor.
Pendidik khas.
Kakak Pok Wea.

Sunday, January 22, 2012

Ahad Yg Sunyi.

Sahabat blog...

Tiket Aiman dah beli. Yahooooooooooo!

Ahad.
22/1/12.
Sunyi.
Sepi.
Kereta tak banyak di jalanan.
Syoknya kalau begini selalu.
Perjalanan lancar sahaja.
Tak sangkut-sangkut.

Maklumla, cuti Tahun Baru Cina.
Ramai balik kampung.
Cina balik kampung.
Melayu balik kampung.
KL sedikit kosong.
Jiran sebelah rumah(kiri;melayu) dah balik kg.
Sunyi je rumah. Kereta pun dah masuk dalam.
Jiran sebelah kanan(cina), pun dah senyap.
Berkumpul rumah kakaknya barangkali.
Kedai-kedai Taman Bukit Kinrara banyak dah tutup.
Kedai Acheh, pesan.
4 hari tak ada ikan dan lauk-lauk lain.
Kena beli bekalan untuk 4 hari.
Pasar borong cuti, peniaga cina mungkin seminggu tutup kedai.
Aku lalu depan Tesco, gelap je. Banyak kedai dah tutup.
Tutup.....

Kawan Berbangsa Cina.
Ada juga tapi tak ramai.
Masa sekolah menengah chetok.
Ada juga kawan-kawan berbangsa cina.
Tapi aku dah tak berapa ingat.
Dah lama tak jumpa mereka.
Berpisah bila tamat tingkatan 3.
Kat sekolah dato mahmud pun ramai juga kawan cina.
lepas sekolah dah tak jumpa lagi.
Masa kerja, ada beberapa kawan cina.
tapi tak ramai....

Aku..
Tak balik kg.
Dok KL saja.
Lagi pun bulan awal tahun dah balik kg.
Hantar Aiman sekolah kat Kelate.
Ini cuti, Aiman balik KL.
Selasa ni baru kembali ke KB semula.
Rehat-rehat, santai-santai.
Baca buku. Ada koleksi baru.
Koleksi lama yang belum baca lagi pun ada.
Ingatkan sehari dua ini, nak habiskan sebuah buku.

Tiket flight pun dah beli.
AirAsia punya la.
Senang beli tiket.
Kat IOI Bouleved ada.



Saturday, January 21, 2012

Sabtu Sebelum Raya Cina

Dah petang.
Pantas masa bergerak.
Semakin dekat mahgrib.
Hujan turun, tapi tak berapa lebat.
Cukup sekadar membasahi bumi.
Cukup untuk pokok tumbuh subur.
Cukup untuk pokok-pokok bunga aku kembali segar.
Taklah layu je, harapkan tuannya tak berapa nak rajin siram pokok.
hi!hi!hi! biasalah. rajin tekoh-tekoh. rajin ada maso-masonyo.

Sabtu.
Tak banyak aktiviti.
Cuma tengahari tadi temankan Aiman main bowling di IOI.
Main sampai 5 game. Aku telaah buku sambil beri support.
Happy bila lihat Aiman enjoy dengan permainannya.
Ada sedikit peningkatan, tapi kalau lebih tenang aku yakin Aiman lebih baik lagi balingan.
Main dengan geram dan tekanan. Itu sebabnya bola asyik ke tepi je. Kadang-kadang masuk longkang.

Sebelum main bowling, melantak dulu nasi ayam. CRC di Giant Bandar Puteri.
Mula-mula Aiman ajak gi makan kat Restoran Skincang Ikan Bakar.
Sampai-sampai Bandar Puteri, tukar pikiran. Nak makan nasi ayam pulak.
Aku ikut je, masih kenyang lagi. Gi aku melantak sama. Mana boleh tengok saja.
hi!hi!hi!Silap-silap Aku yang melantak lebih.

OOOIT!
Sebelum main, solat Zuhur dulu.
Lepas main pulak, singgah duluu kat Kedai Buku Popular.
Nak beli buku, tapi bila lihat que nak bayar panjang sangat, terus tak jadi.
Lagi pun masih ada lagi buku-buku yang belum habis baca lagi.
Tak jadi beli buku, singgah kat A&W. Burger dan airnya.
Lepas tu balik rumah.
Santai-santai dan tidur-tidur ayam.
Tunggu bola malam ini.
Pasti menghiburkan.
Lagi pun layan bola bersama Aiman.

IOI pun ramai manusia.
Sedang berbelanja sakan.
Diskaun pun boleh tahan.
Kalau jenis tak tahan godaan.
Belanjan sakan, semuanya nak. Murah pulak tu.
Nak parking pun susah.
Nasib baik ada doa yang aku sentiasa amalkan.
Syukur lot parking memang mudah dapat.
Masuk je terus dapat. Seolah-olah tersedia kat situ.

Friday, January 20, 2012

seorang ibu balik kerja.
terus ke kedai.
beli lauk, beberapa ekor sotong.
dimasak menjadi santapan makan malam.
bersama suami dan anak-anak.


Jumaat ;20/1/12

Salam Jumaat.
Baru balik solat jumaat.
Pilihan aku Masjid Sri Petaling.

Solat kali ini bersama Aiman.
Dah sekolah kat Kelantan, jumaat dah cuti.
Jadi dapatlah ke masjid bersama-sama.
Kalau tak, sorang2 je lah.

Rutin biasa.
Air tebu.
Buah potong.
Nasi dengan ikan bakar.
Atau ratah ayam gulai.

Aiman pulak beli kamus,
Arab-Bahasa Malaysia.
Dah belajar sekolah Arab.
Kena memahirkan diri dengan Bahasa Al-Quran.

Nak buat apa petang ni?
Baca buku la.
Semalam dah beli.
Buat apa lagi.
Cepat habiskan buku tu.
Buku baru sentiasa keluar.
Setiap hari ada, lambat2 ketinggalan pulak.

Thursday, January 19, 2012

Baru sampai rumah.
Gi hantar Baby ke sekolah,
AT- Tamimi International Islamic School;
Lepas hantar, terus ke Serdang( belakang sekolah Tamil).
Breakfast dulu, mee sup.
Dari situ ke KOOP UPM.
Beli buku. Nak baca sat lagi.
Balik rumah. Boleh update blog ini.

Wednesday, January 18, 2012

Amar- 17.1.12

Amar pada 17/1/2012.
Kat padang permainan depan rumah.
Tiap-tiap petang nak ke sini.
Tak bawa  Amar keluar, asyik menangis,
serta asyik tengok arah luar rumah je.
kesian juga, padahal baru 9 bulan.
mungkin juga maid, telah bawa sejak umurnya baru 40 hari lagi.


Walker pun bawa ke taman....
senang nak urus.
masih belum boleh berjalan lagi la tu.

KB 2- Pulau Impian.

ha!ha!ha!
Sambung lagi catatan ini.
Jom layan, suka-suka, seronok, enjoy.
Sambil tunggu maghrib.
Sambil tunggu tugasan malam ini.

Lepas check in hotel.
Apa lagi, terus masuk bilik.
Buat apa masuk bilik.
jeng!jeng!jeng!
Solat jamak dulu.
Lepas tu baca paper, Mem terus lena.
Habis paper, baca pulak buku.
Sentiasa ada bekalan, kemana saja aku kembara.
Dah lama tunggu saat dan ketikanya.
Tak berapa kuat, berbadan dua.

Lena seketika.
Jam 5 petang.
Mem nak keluar.
Ronda-ronda KB.
Dah tak sabar, sambil-sambil cari apa yang patut.
Makan la tu, mana tahu terjumpa nasi kerabu golok.
Mee celup ke, kerang rebus, akok ke dan banyak lagi.
Aku malas nak keluar lagi.
Tahan dulu, kemahuan nak keluar, sambung menelaah buku dulu.

Mana boleh tahan.
Lama-lama, keseorangan kat bilik.
Aku pun keluar juga.
Saja nak tengok suansan petang di KB.
Foto2 ni aku ambil kat sekitar hotel je, tak jalan jauh pun.
Hujan dan batuk, malas nak jalan jauh-jauh.




Aku ke kedai buku.
Syarikat Muda Osman.
Lagi pun aku ni dah ahli.
Dapat diskaun 10%.
Sekarang ni berlumba-lumba syarikat buka keahlian.
Makin ramai jadi ahli, makin kukuh syarikat.
Oh! Aku terlupa, kad popular aku pun dah tamat tempoh.
Dah kena buat baru, kalau tak, tak dapat potongan 10% setiap kali beli buku kat Kedai Buku Popular.

Khuluk. Pemenang tempat ke-3, Hadiah Sako 3. Bila dah start baca, tak boleh berhenti. Itu pasal, 1 jam aku duduk kat restoran tu, tak terasa. Seronok dibuai kisah kemelut jiwa Kamal, Ezan dan Latticia. Aku pasti buku ini bakal menggegarkan dunia buku kat Malaysia. Dah baca, nak baca lagi. Kat situ ada satu lagi buku hebat, juga pemenang hadiah sako. 'Tak Seindah Mimpi' hasil tulisan Abd Rahman Hj. Yusoh. Lama juga masa diperlukan buat aku buat pilihan.
Jam 7 petang.
Aku menapak ke bilik.
Nak solat dan rehat sekejap sebelum dijemput oleh Wan Inda.
Nak gi Asrama Aiman dan makan pat pet belut di Pantai Cahaya Bulan.
Ajak Fazlan sekali. Tak ada Fazlan, makan tak best.
Kami ke Asrama Aiman dulu, hantar cetun, baju sekolah dan sijil-sijil.
Sempat sembang dengan penyelia asrama. Lama juga sembang, kenal-kenal. Mudah nak wat kkiro.
Lagi pun Aiman, sedang ikuti majlis bacaan yassin bersama rakan seasramanya.

Lepas itu kami bertolak ke PCB.
Menuju kedai belut.
wow! Masa kami sampai, hanya ada 2 puak je. 1 dah dapat. Cuma 1 lagi yang belum dapat.
Tapi puak mereka tu ada kira-kira 10 orang. Siap main daun terup lagi.
Tanda dah bersedia untuk lama menunggu.
Dah biasa datang sini kot.
Kacang pagoda pengubat waktu menunggu.

Kami pun apa kurangnya.
Bekalan memang bawa, agar tak lama sangat menunggu.
Tapi malam tu, kami menunggu tak lama. Hanya 1.15 sahaja.

Bila tiba waktu melantak. Dah tak ingat lama tunggu.
Terlupa dek kesedapan pat pet belut.
Aku sengaja kosongkan perut,
agar dapat menikmati sepenuhnya kesedapan pat pet belut tersebut.
Sape yang tak berapa lapar,rugi bagi aku. Tak dapat menikmati kelazatanya.

Jam 12, dah siap.
Kami kembali ke hotel.
Kali ini kami tumpang kereta Fazlan.
Kena tidur cepat. Esok pagi-pagi kena bertolak ke KL.
Flight jam 8.15 pagi. Jadi kami kena sampai sebelum jam 7.15 pagi.

Sebelum terbang. Baca paper dulu. Lihat tajuk2 menarik. Kutip ilmu, mana yang penting.
Sampai KL. Terus ke USJ 9.
Ikuti kelas Akademi Taipan181.
Tambah semangat. Tambah ilmu. Kongsi pengalaman.
Sempat jumpa dengan sahabat-sahabat sekapal.
Kapal menuju ke pulau impian.

Tuesday, January 17, 2012

KB1


14/1/2012
Sabtu
.
Aku dan isteri balik ke KB. 
Ada urusan persekolahan Aiman.
Hari penamat orentasi sekolah.
Ada taklimat terhadap ibubapa.
Sebagai ibubapa yang prihatin kami sanggup turun KB
Flight jam 7.15 pagi. Kami bertolak dari rumah jam 5.30 pagi.
Sampai Subang sebelum jam 6 pagi. Check in, solat subuh.
Nasib sikit awal kami ke surau, orang solat belum ramai lagi.
Suraunya kecil sahaja. Muat-muat 4,5 orang solat serentak.
Sudah je kami solat, berderu-deru orang menuju surau.
Malangnya kena tunggu, tak muat nak solat.
Tak boleh besarkan surau sikit?



Sebelum masuk, singgah sini dulu. Beli apa-apa yang patut. Paper dan majalah. Bekalan nanti.
Terbang ke KB, mengambil masa 1 jam 15 minit.
Waktu sebenar terbang hari tu, 7.25 pagi.
Apa yang kami buat, tidur saja.
Guna sepenuhnya peluang yang ada.
Paper beli tu buat apa?
Baca kat hotel nanti...

Sampai KB.
Ambil bagasi.
Tunggu Wan Inda datang ambil.
Persinggahan pertama. Makan dulu. Nasi belauk. Nasi dagang. Isi perut dulu. Kat Subang tadi ringan-ringan je makannya. Tengok Mak Cik ni, meniaga kat kaki lima je. Orang beli, makan kat restoran. Restoraan tak sediakan breakfast. Jadi rezeki Mak Cik belah pagi. 

Restoran Hover. Cina punya. Pekerjanya semua melayu. Tak ada masalah nak makan. Tokey hanya jaga duit sahaja.

Lepas makan.
Kami ke Mahaad Pengajian Islam.
Program mula jam 10 hingga jam 12.

Lepas tu.
Ambil Aiman.
Speck pula rosak.
Patah.
Kena buat lain.
Milan Optical Sdn. Bhd. Pekerjanya Melayu dan perempuan. Tokey seorang je Cina.


Tak buat spek baru. Cuma ganti bingkai saja. Hanya 10 minit siap. Nasib ada bingkai yang sepadan dengan cermin.
Lepas ganti spek.
Apa lagi, makan tengahari.
Mana lagi, kalau tak Perkampungan Kraf.
Aiman nak makan kat situ.
Sedap katanya. Nak makan ikan keli.
Sebelum melantak. Sempat juga aku berfoto dengan Aiman. Dah tinggi. Tak lama lagi sama tinggi dengan aku kot.
Lepas makan.
Ke Bazar Tok Guru.
Nak beli beberapa lagi keperluan Aiman yang belum cukup.
Beli baju sekolah, cadar serta kasut.
Kena cukup peralatan sekolah. Bukannya dekat dengan kami.
Nasib baik semuanya tersedia kat Bazar Tok Guru.
Cuba jangan tak cuba. Nanti tak muat pulak. Baju sekolah dah ada 4 pasang. Tapi satu dah tercabut butang. Jadi tak boleh nak pakai. Nak jahit, belum belajar lagi. Jadi kena cukupkan baju sekolah tu sampai 5. Senang 1 hari 1 helai.


Lepas situ.
Kami hantar Aiman ke Asramanya.
Jam 2 petang. Dia nak rehat.
Pagi tadi sekolah adakan qiamullai dan pagi terus ada program.
Nak rehat. Tak nak gi mana-mana lagi.

Tempat Aiman tinggal di KB. Asrama adalah banglow yang disewa oleh pihak sekolah.
Lepas itu kami pun berehat.
Check in kat Hotel Suria.
Dekat dengan Stesen Bas. Tengah bandar.
Senang nak ronda-ronda.
Lagi pun kat bawah ada Kedai Buku.
Nak cari buku, bila petang nanti.
Mana tahu dapat buku terbaru.
Bisa jadi koleksi tahun 2012.

Kami pun tertidur...............
Jumpa lagi lepas asarrr...

Yahooooooooo!


Berjumpa lagi.
Dah 4 hari aku tak mencatat apa-apa kat sini.
Bukan malas, tapi tak berapa sihat.
Batuk dan sakit kaki(gout agaknya).
Hari ini baru, ok sikit tapi masih lagi terasa sakitnya.
Batuk pun sekali-sekalo akan jadi.

Apa-apa pun, aku masih hidup.
Aku masih bernyawa.
Aku masih bernafas.

Ada kisah.
Ada cerita.
Ada hikayat.
Ada sejarah.
Ada catatan.

Untuk aku luahkan kat sini.
Untuk tatapan pengunjung blog aku yang tak seberapa ini.
Sape yang sudi. Tak sudi tak ada paksaan. Sekadar bacaan aku semasa keboringan saja.
Catatan aku kat sini, akan jadi sejarah kehidupan sebuah keluarga kami.
Sebab itu aku tetap menulis, untuk ingatan anak cucu aku kemudian hari.
Aku harap blog akan tetap relevan untuk 100-1000 tahun lagi.
Kalau sekadar mencatat pada kertas, mana mungkin bertahan lebih 50 tahun.
Dah hilang sejarah, tapi dengan adanya blog, sejarah sesuatu keluarga tetap bertahan, selagi anak cucunya ada.

Sejarah keluarga cukup-cukup penting.
Banyak kisah dan cerita boleh dikongsikan dengan anak cucu.
Mungkin sekarang nampak tak berapa penting. Tak berapa perlu. Tak berapa berharga.
Cuba bayangkan 3, 4,5 ,10 tahun lagi. Aku rasa, ianya cukup-cukup penting.
Cukupkah sekadar diingati dalam minda sahaja.
Tanpa kita perturunkan dalam bentuk catatan yang lebih kekal.
Siap ada foto-foto lagi. Menarik bukan.
Masa itu, kalau kita baca kembali. Alangkah seronoknya kita. Ianya seperti baru semalam terjadi.

Aku juga jenis tak berapa kisah. Sesekali aku baca kembali catatan perjalanan perniagaan aku.
Aku kembali bersemangat, nak catat kat blog. Tapi malas sentiasa datang.
Itu yang tak banyak yang aku catatkan.
Perjalanan perniagaan aku sejak 2001 lagi.
Aku ada beberapa buah buku catatan. Ada juga yang dah hilang.
Ada pun tak semuanya aku boleh baca. Tulisan aku begitu teruk.
Tulis nak cepat dan nak cepat siap.
Nanti kalau ada masa, aku akan salin kembali. Aku akan catat pada blog ini.
Lebih kekal, sejarahnya. Perjalanan perniagaan aku, seronok dibaca. Kemana aku pergi.
Dengan siapa aku berjumpa. Kampung mana, hotel, restoran mana.
Terlalu banyak kenangan sepanjang 11 tahun berniaga.
Ok aku berhenti kat sini.
Nak gi ambil anak balik sekolah.
Lain kali kita ketemu lagi.
Yahooooooooooooooooo!!!


Friday, January 13, 2012

Amar1


Muhammad Khaleed Amar pada 12/1/2012.
Dah tumbuh gigi.
Sat lagi dah boleh berjalan.

Thursday, January 12, 2012

Khamis....

Selamat pagi.
Bertemu lagi hari ini.
Hari penuh keberkatan.
Semoga kita semua berada dalam keadaan baik-baik saja.
Baik-baik saja, boleh buat kerja dengan baik.
Anak-anak juga sihat dan dapat belajar dengan sempurna.
Dapat makanan yang menyihatkan.

Aku macam biasa hari ini.
Lakukan rutin biasa.
Hantar anak, gi breakfast.
Balik singgah bank, selesaikan apa-apa yang patut.
Bayar apa yang patut dibayar.
Bayar rumah, oh! belum lagi.
Bayar keta, bayar kedai, bayar kad kredit.

Sekarang ni aku, rehat sekejap.
Sempat update blog keluarga.
Sat lagi nak ke Subang pulak.
Beli tiket firefly.
Nak ke KB hari sabtu dan balik pagi ahad.
Kena gi sekolah Aiman.

Ada perjumpaan ibubapa pelajar tingkatan satu dengan Pengetuanya.
Tak boleh tak pergi, mesti sampai.
Itu pesan Aiman.
Aku tahu dia punya perangai.
Seorang jenis skema, cool, apa-apa arahan sekolah kena buat.
Jadi dia dah wajibkan kami ke sana.

Kalau ikutkan dia, hari ini pun suruh kami pergi.
Ada perjumpaan ibubapa penghuni Asrama dengan Pengetua.
Tak larat nak pi hari ini, lagi pun masih ada tugas yang mesti dibuat.
Jadi kami hanya pilih untuk ke sana hari sabtu sahaja.
Dah call, warden asrama. Dah paham. Kami pun bukan dekat. KL broo.


Wednesday, January 11, 2012

Bekam....

Berbekam.
Tak pernah buat.
Pengalaman pertama.
Seronok rupa-rupanya.
Pagi ni ringan tubuh.
Darah kotor dah buang.
Mula-mula tu takut juga.
Bukan takut apa, sakit.
Dalam kepala aku, kena toreh dengan pisau.
Tapi rupa-rupanya bukan pisau tapi jarum...
Tak sakit pun.

Muhamad Razali yang perkenalkan aku.
Adik dia dah gi belajar, bagaimana nak berbekam
Kelas hanya 2 hari, terus boleh buat.
Tak berbahaya pun.
Sape-sape nak berbekam, silakan.

Tempat yang aku buat ni murah.
Hanya RM5 satu bekas.
Kat tempat-tempat lain RM15.
Banyak beza maa!

2 minggu lagi baru boleh buat.
Nak buat lagi. Nak bagi sihat.
pagi hanya tidur saja. balik hantar baby ke rumah shila. terus ke klinik selva bandar puteri, sebelah cimb. nak inject. kaki sakit. dah tak leh tahan. lebih teruk dari semalam. sampai awal sangat. doktor pun belum sampai. nak wat macamana belum jam 8 pagi dah tercegat kat situ. lebih 10 minit juga baru doktor datang. inject sejarum. ubat batuk...dan ubat selsema. semalam tak lena sangat. batuk menyerang. tidurnya tak sempurna. jadi lepas breakfast. aku pekena ubat yang doktor bekalkan dan sambung tidur. jam 9 lebih aku dah tidur. sampai jam 1. lama tu bro. nasib baik kerja sendiri. tak payah ambil MC. sekarang ni baru bertenaga kembali. dah boleh keluar...

Tuesday, January 10, 2012

Selamat pagi.
Bertemu pagi selasa.
Harap semua sihat.
Aku macam biasa. Sihat, tapi sakit kaki.
dah bengkak. Entah kenapa. Tapi boleh tahan lagi.
Masih boleh berjalan. Masih boleh pandu keta.

Baru balik rumah.
Gi bfast kat Precint 16 Putrajaya.
Lepas hantar baby, terus ke sana.
Lama tak ke sana, sesekali perlu juga ke sana.
Kembalikan nostalgia lama...

Aiman.
Dah 2 hari tak call kami.
hp dah bagi, nak call kami je guna.
tapi tak call-call.

Monday, January 9, 2012

baby dan maid dah sampai....
Amar belum tidur lagi.
selsema. lemas hidung. tak selesa nak bernafas.
tidur sekejap. tersedar. dah banyak kali terjadi.
 

Sunday, January 8, 2012

Layan Amar.


hari ini, masih lagi kena 100% layan amaar.
maid belum balik lagi.
malam ini bertolak dari pasir mas ke Kajang.
Menaiki Keretapi Tanah Melayu.

esok bebas.
hi!hi!hi!.
bukan selalu jaga pun. 
bila maid ada, senang sikit nak ke mana-mana.
nak gi demo, nak gi santai-santai, nak gi kelas. 
nak gi makan pun tak ada masalah.

maid tak ada, tak masak ke?
sape kata tak masa.
'mem' sentiasa masak.
'mem' masak setaraf hotel.
tak caya, boleh tanya sape yang pernah cuba,
masakan 'mem'.
hi!hi!hi!
 
semalam pun masak. 
aku balik dari penang, makan nasi goreng special.
Terangkat!!!
 
lunch tadi pun masak.
ikan masak sambal. best. banyak juga aku melantak.
biasalah aku, sikit bukan tak kenyang, tapi sekejap je lapar kembali.
kalau makan mesti padat, baru tahan lebih lama.
kalau tak padat, tahan sejam dua je.
 
sekarang ni pun dah kurang makan.
(boleh percaya ke?)
bukan apa, nak lebih sihat, tak nak berpenyakit.
lebih2 lagi aku jenis tak bersukan sangat.
buat masa rajin, kalau tak tak bersukan.


Friday, January 6, 2012

Khaleeda Ameerah bersedia balik kampung. Seronok naik keretapi. Ponteng sekolah. Ziarah Siam.

Si Amar. Ikut aku ambil si aiman. ni kat airport subang.

Tak boleh lepas dari makan.

30% Diskaun


Dah mengantuk.
Dah boleh masuk bilik.
Dah boleh lelapkan mata.
Dah boleh mimpi.

Sebelum tu.
Aku saja-saja post entry ini.
Suka-suka saja.
Aku punya blog.
Nak tulis apa.
Aku punya suka.
Kisahnya tak sangkut denga sape-sape.
Kalau sangkut pun isteri dan anak-anak aku saja.

Ada sudi baca. Syukur.
Tak sudi. Aku tak boleh paksa.
Awal-awal lagi aku dah cakap.
Blog ini, sejarah aku dan keluarga aku.
Nak tulis diary, macam kuno sangat.
Tulisan aku pulak, jenis tak cantik punya.
Hanya aku sahaja yang boleh baca.
Itu pun kadang-kadang tak boleh.

Petang tadi kami ke sini. DK Stationery Enterprise.No.18G, Jalan Puteri 2/3, Bandar Puteri, 47100, Puchong, Selangor Darul Ehsan. Cari kelengkapan Si Aiman. Salah satu sebab Aiman balik ialah nak beli peralatan persekolahan yang belum lengkap. Ada orang syorkan, kat sini harganya lebih murah tapi kualitinya tetap sama dengan kedai-kedai lain. Lagi pun dekat dan parking pun mudah.
30% diskaun. Pilihlah yang berjenama faber-castell & paper mate. Banyak jugalah kami berbelanja kat sini. Alang-alang dah sampai beli sakan. Pensel sekotak aku beli. Pensel warna pun beli siap-siap, sebelum baby mintak. Sharpener pun aku beli. Beli yang ok sikit, Kalau beli yang biasa-biasa tu susah nak dapat pensel yang tajam. Asyik patah je.

Dah sekolah menengah. Dah boleh guna pen. beli bang, jangan tak beli.

Banyak pilihan. Pilih mana yang perlu. Jangan beli kerana murah, tapi tak pakai. Membazir juga akhirnya.
Kami ke sini.
Lepas makan tengahari dan gi ambil anak cdm roshila balik dari sekolah.


 
Pagi tadi tak kemana-mana.
Kena jaga Amar. Kena layan Amar.
Kena buat susu Amar. Kena mandikan Amar.
Kena tidurkan Amar.
Boleh ke?
Memang boleh. Anak dah 3 orang.
Memang boleh. Mesti boleh punya.
Yakin dengan diri sendiri la...
Cdm Kartini ada urusan kat Shah Alam.
Maid pulak balik kampung semalam.
Jadi aku dan Aimanlah kena jaga Amar.

Thursday, January 5, 2012



Lepas maghrib hantar baby dan maid balik kg.
Naik keretapi di Stesen Keretapi Kajang.
8.45 pm, masa yang tertera pada tiket.
masa ketibaan betul, sukar nak jangka.
harap-harap tak lama menunggu.
sampai kat stesen pasir mas pun entah jam berapa.
tak naik keretapi, nak naik apa lagi.
naik bas, susah nak buang air.
baby kerap ke toilet.

Dari Kajang terus ke Airport Subang.
Ambil Aiman pulak.
Aiman balik rumah minggu ini.
Sepatutnya flight jam 6.45 pm tapi delay jadi 8.45 pm pulak.
Ingatkan Airasia je jadi lagu tu, firefly pun punyai penyakit sama.
delay.delay.delay.delay.

Aiman Balik KL.


Khaleed Amar pada 5/1/2012.

ye!ye!ye!
Aiman balik malam ini.
Amar boleh main dengan abang Aiman.
Dah 2 hari abang sekolah kat kelantan.
Sepatutnya minggu depan baru boleh balik.
Tapi minggu depan abang aiman ada program,
jadi pihak asrama bagi balik mimggu bagi pelajar2 tingkatan 1.

Wednesday, January 4, 2012

Petang-petang bawa anak ke taman.
Setiap kali ada kesempatan.
Bukan selalu dapat, maklumlah kerja sendiri.
Kerja tak tentu masa.
Kadang-kadang sibuk. Kadang-kadang tak sibuk.

Tuesday, January 3, 2012

Aiman MPI

Sahabat Blog.



Selamat Tahun 2012.
Selamat pagi.
Selamat siang.
Sibuk Mim dok ngisi borang....

Aku masih lagi di bumi serambi mekah.
Petang ini baru bertolak ke Puchong.
Ada beberapa perkara lagi yang perlu diselesai berkenaan peresekolah Aiman.
Kalau ada yang tak selesai, susah pulak nanti.
Nak datang bukannya dekat. Hampir 400KM.
Tunggu nak pukul gambar..

Kenapa ni? Sedih je.

Petang nanti nak melawat Aiman.
Beli almari dan bersihkan biliknya sikit.
berhabuk.
tak selesa.

Dah selesai urusan pendaftaran. baru terasa lapar. pekena beehun dengan teh ais....baru RM2 sahaja.

Sebelum aku tinggalkan dia semalam.
"mim baju abang pakai ni kena basuh ke?"
"tak lagi, pakai sekejap je, esok boleh pakai lagi."
risau dia pasal basuh baju.
tak pernah buat kerja tu.
kat rumah semuanya kakak yang buat semua.
kena belajar berdikarilah sikit.
kata nak jadi insan hebat.
kena bijak bawa diri kat tempat orang.
kena belajar betul-betul.
buktikan kita hebat.
belajar score dan koko pun hebat.
asah betul-betul bakat yang ada tu.
bakat kepimpinan dan bakat pidato.
mana tahu, suatu hari nanti bisa jadi pendakwah hebat.
bukan sekadar pidato, belajar menulis pun penting.
medan dakwah lebih luas.
kuasai bahasa arab dan bi dengan baik.
medan dakwah lebih menyeluruh.
boleh pergi ke arena antarabangsa.
tak mustahil wahai anak ku aiman.
aiman boleh buat.
aiman bisa.
aiman dilahirkan untuk jadi juara.
aiman dilahirkan untuk jadi pememang.
ciri-ciri tersebut telah ada dalam diri mu.
asah terus asah agar menjadi-jadi dihari depan.
itulah doa aku dan isteri...
ke Tesco cukupkan keperluan Aiman.