Sunday, June 23, 2013

Cabutan Bertuah.

Syukur.
Program berjalan seperti yang dirangka. Program cabutan bertuah buat mereka yang singgah di booth 15A semasa Pesta Perkahwinan do PICC tempoh hari. Singgah dan isi borang. Bila isi borang. Mereka akan dipanggil secara berperingkat. Nak buat sekali gus susah. Ramai sangat. Lebih 1000 orang yang isi borang.

Hari ini acara kemuncaknya. Cabutan bertuah secara besaran dilakukan pada petang tadi. Alhamdulilah sambutan amat menggalakkan. Ramai yang datang. Hadiah juga banyak. Cuma sebelum cabutan dilakukan. Peserta cabutan bertuah mesti dengar dulu perkongsian produk oleh pihak penganjur.

Nama-nama mereka ni boleh juga masukkan ke dalam senarai bakal prospek. Mungkin tak semua. Pilihlah mana yang berminat untuk cari duit tepi.