Sunday, June 23, 2013

Cabutan Bertuah.

Syukur.
Program berjalan seperti yang dirangka. Program cabutan bertuah buat mereka yang singgah di booth 15A semasa Pesta Perkahwinan do PICC tempoh hari. Singgah dan isi borang. Bila isi borang. Mereka akan dipanggil secara berperingkat. Nak buat sekali gus susah. Ramai sangat. Lebih 1000 orang yang isi borang.

Hari ini acara kemuncaknya. Cabutan bertuah secara besaran dilakukan pada petang tadi. Alhamdulilah sambutan amat menggalakkan. Ramai yang datang. Hadiah juga banyak. Cuma sebelum cabutan dilakukan. Peserta cabutan bertuah mesti dengar dulu perkongsian produk oleh pihak penganjur.

Nama-nama mereka ni boleh juga masukkan ke dalam senarai bakal prospek. Mungkin tak semua. Pilihlah mana yang berminat untuk cari duit tepi.


Thursday, August 30, 2012

Bertemu dan berpisah adat pertemuan.
Selamat datang ke dunia baru

Tuesday, March 6, 2012

Dah 365 Hari Jengah Dunia.


Khaleed Amar Bin Kamarudin.
Hari ini 6/3/12 dah setahun umur mu.
Rasa sekejap sahaja. Dah 365 hari rupa-rupanya.
Baru bertatih, 2,3 langkah jatuh.
Bangun bertatih lagi, 2,3 langkah jatuh lagi.
Bertatih lagi tak jemu-jemu, mungkin seminggu lagi ok la tu.
Setiap pagi, ke kedai makan roti canai bersama maid.
Petang-petang pulak ke taman depan rumah.
Tak boleh leka, naik tangga ke bilik atas.





Thursday, February 23, 2012

Ceramah PR; Taman Bukit Kinrara

terkejut juga aku.
balik dari hantar anak ke sekolah.
lalu tepi padang permainan depan rumah aku.
dihujung sana dah terpacak bangsal( kecik je).
nak ceramah kot. bisik hati aku.
mungkin malam ini.

dah lama tak ada ceramah.
seingat aku la, sebelum PRU 12 ada sekali.
malam ini sekali lagi...
dah dekat PRU13 kot.
sape bagi ceramah, aku pun tak tahu.
tunggu malam ini.
perkhabaran apa nak bawa malam nanti.
berapa ramai yang akan turun padang, dengar ceramah.
segalanya akan terjawab malam ini...
nak cuci minda penduduk Taman Bukit Kinrara kot,
hari-hari diasak dengan pelbagai kisah negatif Kerajaan Selangor hari ini.


Padang permainan Taman Bukit Kinrara, tempat ceramah malam ini.

Tuesday, February 21, 2012

syoknya begini...

syoknya begini.
pagi-pagi hantar anak ke sekolah.
cari breakfast sambil baca paper.
balik rumah santai-santai tunggu appointment.
sambil tunggu appointment, call buat appointment seterusnya.

Monday, February 20, 2012

8 Aksi Amar.

wow! 
Muhammad Khaleeq Amar.
Dah nak cukup setahun.
2 minggu lagi.