Sabtu. Ramai yang cuti @ masih bercuti.
Masih di kampung.
Esok baru bertolak ke kota raya.
Perguna cuti sepuas-puasnya.
Kalau tak rugi.
Cuti Raya Cina sampai ahad.
Isnin baru kerja semua.
Lama cuti tu bro.
Nak mula kerja, bisa liat.
Bisa malas.
Bisa kelewatan hari isnin.
Jalan pun sesak kembali.
Aku hantar anak sekolah pun perlukan 30 minit baru sampai.
2,3 hari lepas, hanya 15 minit, dah sampai sekolah anak aku.
wow! bukan selalu dapat peluang begini.
Hari ini.
Seronok juga.
Tak payah hantar anak ke sekolah.
Dah seminggu bertugas hantar anak ke sekolah
dan mungkin menjadi tugas aku untuk sepanjang tahun 2012.
Mula-mula tu, liat juga tapi bila dah lama dah jadi biasa.
Timbul pulak keseronokan, pagi-pagi hantar anak ke sekolah.
Sebenarnya tahun 2012, baru aku kena hantar anak ke sekolah.
Tahun-tahun lalu, aku punya anak buat yang buat kerja ini.
Aku tugaskan dia buat kerja tu, bukan free, bergaji tau.
Tapi tahun ini, aku ambil alih tugas tersebut.
Gerak kerja biz pun lebih tertumpu lembah Kelang buat masa ini.
Cuma sekali-sekala je keluar dari lubuk ini.
Itu pun hanya hujung minggu dan tak kacau aku punya tugasan pagi.
Lagi pun Ameerah sekolah dekat USJ sahaja.
Dekat je dengan aku punya rumah.
Jam 6.45 petang semalam. Aku jejak kaki ke sini. Happy sakan. Walaupun tersesat. Ribuan buku tersedia untuk dimiliki. |
Ternyata lebih besar, lebih gempak. Lebih banyak booth pameran selain booth jualan.1,2 jam memang tak cukup. Nak pilih buku pun tak sempat kalau gi setakat 2 jam. |
Pagi dan sepanjang hari ini.
Apa mahu buat?
Aku akan habiskan beberapa buah buku yang aku beli semalam.
Harap-harap bisa habiskan, mana-mana buku yang patut.
Karnival Karangkraf 2012, juga aku beli beberapa buah buku.
Murah pulak tu.
Buku lama harganya RM5, RM10.
Kalau buku baru, diskaun 30%.
Itu yang borong sakan.
Ada juga buku-buku yang aku tak jumpa pun kat kedai-kedai buku.
Kat karnival ada, apa lagi sapu terus.
Salah satu booth yang ada. Harley Davidson. Memasang impian. "Satu hari nanti, pasti kau ku miliki."Tak nak beli motor, beli la lain-lain barang. Baju ke. Topi ke.... |
Ini pulok Cagiva. Harganya boleh tahan juga RM88K. Kat karnival boleh tengok. Mungkin hari ini, crew yang jaga ada. Boleh tanya-tanya. Mana tahu berkenan dan kena dengan baget. Meniaga sedang naik.. |
Booth penulis pun ada.
Boleh jumpa dengan penulis sendiri.
Mungkin hari ini, booth mereka sendiri yang jaga.
Boleh sign autograf...hi!hi sebagai kenangan.
No comments:
Post a Comment