Tuesday, January 17, 2012

Yahooooooooo!


Berjumpa lagi.
Dah 4 hari aku tak mencatat apa-apa kat sini.
Bukan malas, tapi tak berapa sihat.
Batuk dan sakit kaki(gout agaknya).
Hari ini baru, ok sikit tapi masih lagi terasa sakitnya.
Batuk pun sekali-sekalo akan jadi.

Apa-apa pun, aku masih hidup.
Aku masih bernyawa.
Aku masih bernafas.

Ada kisah.
Ada cerita.
Ada hikayat.
Ada sejarah.
Ada catatan.

Untuk aku luahkan kat sini.
Untuk tatapan pengunjung blog aku yang tak seberapa ini.
Sape yang sudi. Tak sudi tak ada paksaan. Sekadar bacaan aku semasa keboringan saja.
Catatan aku kat sini, akan jadi sejarah kehidupan sebuah keluarga kami.
Sebab itu aku tetap menulis, untuk ingatan anak cucu aku kemudian hari.
Aku harap blog akan tetap relevan untuk 100-1000 tahun lagi.
Kalau sekadar mencatat pada kertas, mana mungkin bertahan lebih 50 tahun.
Dah hilang sejarah, tapi dengan adanya blog, sejarah sesuatu keluarga tetap bertahan, selagi anak cucunya ada.

Sejarah keluarga cukup-cukup penting.
Banyak kisah dan cerita boleh dikongsikan dengan anak cucu.
Mungkin sekarang nampak tak berapa penting. Tak berapa perlu. Tak berapa berharga.
Cuba bayangkan 3, 4,5 ,10 tahun lagi. Aku rasa, ianya cukup-cukup penting.
Cukupkah sekadar diingati dalam minda sahaja.
Tanpa kita perturunkan dalam bentuk catatan yang lebih kekal.
Siap ada foto-foto lagi. Menarik bukan.
Masa itu, kalau kita baca kembali. Alangkah seronoknya kita. Ianya seperti baru semalam terjadi.

Aku juga jenis tak berapa kisah. Sesekali aku baca kembali catatan perjalanan perniagaan aku.
Aku kembali bersemangat, nak catat kat blog. Tapi malas sentiasa datang.
Itu yang tak banyak yang aku catatkan.
Perjalanan perniagaan aku sejak 2001 lagi.
Aku ada beberapa buah buku catatan. Ada juga yang dah hilang.
Ada pun tak semuanya aku boleh baca. Tulisan aku begitu teruk.
Tulis nak cepat dan nak cepat siap.
Nanti kalau ada masa, aku akan salin kembali. Aku akan catat pada blog ini.
Lebih kekal, sejarahnya. Perjalanan perniagaan aku, seronok dibaca. Kemana aku pergi.
Dengan siapa aku berjumpa. Kampung mana, hotel, restoran mana.
Terlalu banyak kenangan sepanjang 11 tahun berniaga.
Ok aku berhenti kat sini.
Nak gi ambil anak balik sekolah.
Lain kali kita ketemu lagi.
Yahooooooooooooooooo!!!


No comments:

Post a Comment