Selamat pagi.
Bertemu lagi hari ini.
Hari penuh keberkatan.
Semoga kita semua berada dalam keadaan baik-baik saja.
Baik-baik saja, boleh buat kerja dengan baik.
Anak-anak juga sihat dan dapat belajar dengan sempurna.
Dapat makanan yang menyihatkan.
Aku macam biasa hari ini.
Lakukan rutin biasa.
Hantar anak, gi breakfast.
Balik singgah bank, selesaikan apa-apa yang patut.
Bayar apa yang patut dibayar.
Bayar rumah, oh! belum lagi.
Bayar keta, bayar kedai, bayar kad kredit.
Sekarang ni aku, rehat sekejap.
Sempat update blog keluarga.
Sat lagi nak ke Subang pulak.Beli tiket firefly.
Nak ke KB hari sabtu dan balik pagi ahad.
Kena gi sekolah Aiman.
Ada perjumpaan ibubapa pelajar tingkatan satu dengan Pengetuanya.
Tak boleh tak pergi, mesti sampai.
Itu pesan Aiman.
Aku tahu dia punya perangai.
Seorang jenis skema, cool, apa-apa arahan sekolah kena buat.
Jadi dia dah wajibkan kami ke sana.
Kalau ikutkan dia, hari ini pun suruh kami pergi.
Ada perjumpaan ibubapa penghuni Asrama dengan Pengetua.
Tak larat nak pi hari ini, lagi pun masih ada tugas yang mesti dibuat.
Jadi kami hanya pilih untuk ke sana hari sabtu sahaja.
Dah call, warden asrama. Dah paham. Kami pun bukan dekat. KL broo.
No comments:
Post a Comment