Friday, January 27, 2012

Call!

Semalam.
Jam 10.45 malam.
Dapat call.
Entah, tak tahu dari sape.
Tak naik nama.
Aku jawab.
Rupa-rupanya anak buah.
Call nak bagitahu, chek kat Hospital Tanah Merah.
Sembab, kaki dan muka.
Tak boleh kencing.
Dr. masuk wayar, untuk keluarkan air kencing.
Nasib baik ada Pok Teh.
Pok Teh yang bawa gi spital.
Kena paksa.
Tak paksa, tak nak gi spital.
Orang tua, gitulah sifatnya.
Nok dok kat rumah.
Walaupun sakit.
Umurnya pun dah cecah 80 lebih.
Lagi pun chek tak leh tidur terbaring.
Tidur pun sambil duduk sahaja.
Ini dah lama.Tidur sekejap-sekejap.
Asyik terjaga saja.
Kalau X ok.
Aku kena balik....

Sekejap tadi dah call anak buah.
check dah ok sikit. tapi mungkin kena tahan kat spital sehari dua lagi.
Nasib baik anak buah yang belajar kat UPM masih bercuti.
Boleh teman chek kat hospital.
Boleh bergilir dengan mek.
Kalau tak susah juga.
Tambahan mek pula, tak boleh berjaga sangat malam.
Poning kepala, kalau tak cukup tidur.

Aku doakan agar chek cepat sembuh.


No comments:

Post a Comment