Dah petang.
Pantas masa bergerak.
Semakin dekat mahgrib.
Hujan turun, tapi tak berapa lebat.
Cukup sekadar membasahi bumi.
Cukup untuk pokok tumbuh subur.
Cukup untuk pokok-pokok bunga aku kembali segar.
Taklah layu je, harapkan tuannya tak berapa nak rajin siram pokok.
hi!hi!hi! biasalah. rajin tekoh-tekoh. rajin ada maso-masonyo.
Sabtu.
Tak banyak aktiviti.
Cuma tengahari tadi temankan Aiman main bowling di IOI.
Main sampai 5 game. Aku telaah buku sambil beri support.
Happy bila lihat Aiman enjoy dengan permainannya.
Ada sedikit peningkatan, tapi kalau lebih tenang aku yakin Aiman lebih baik lagi balingan.
Main dengan geram dan tekanan. Itu sebabnya bola asyik ke tepi je. Kadang-kadang masuk longkang.
Sebelum main bowling, melantak dulu nasi ayam. CRC di Giant Bandar Puteri.
Mula-mula Aiman ajak gi makan kat Restoran Skincang Ikan Bakar.
Sampai-sampai Bandar Puteri, tukar pikiran. Nak makan nasi ayam pulak.
Aku ikut je, masih kenyang lagi. Gi aku melantak sama. Mana boleh tengok saja.
hi!hi!hi!Silap-silap Aku yang melantak lebih.
OOOIT!
Sebelum main, solat Zuhur dulu.
Lepas main pulak, singgah duluu kat Kedai Buku Popular.
Nak beli buku, tapi bila lihat que nak bayar panjang sangat, terus tak jadi.
Lagi pun masih ada lagi buku-buku yang belum habis baca lagi.
Tak jadi beli buku, singgah kat A&W. Burger dan airnya.
Lepas tu balik rumah.
Santai-santai dan tidur-tidur ayam.
Tunggu bola malam ini.
Pasti menghiburkan.
Lagi pun layan bola bersama Aiman.
IOI pun ramai manusia.
Sedang berbelanja sakan.
Diskaun pun boleh tahan.
Kalau jenis tak tahan godaan.
Belanjan sakan, semuanya nak. Murah pulak tu.
Nak parking pun susah.
Nasib baik ada doa yang aku sentiasa amalkan.
Syukur lot parking memang mudah dapat.
Masuk je terus dapat. Seolah-olah tersedia kat situ.
No comments:
Post a Comment