Selamat Tahun 2012.
Selamat pagi.
Selamat siang.
Sibuk Mim dok ngisi borang.... |
Aku masih lagi di bumi serambi mekah.
Petang ini baru bertolak ke Puchong.
Ada beberapa perkara lagi yang perlu diselesai berkenaan peresekolah Aiman.
Kalau ada yang tak selesai, susah pulak nanti.
Nak datang bukannya dekat. Hampir 400KM.
Tunggu nak pukul gambar.. |
Kenapa ni? Sedih je. |
Petang nanti nak melawat Aiman.
Beli almari dan bersihkan biliknya sikit.
berhabuk.
tak selesa.
Dah selesai urusan pendaftaran. baru terasa lapar. pekena beehun dengan teh ais....baru RM2 sahaja. |
Sebelum aku tinggalkan dia semalam.
"mim baju abang pakai ni kena basuh ke?"
"tak lagi, pakai sekejap je, esok boleh pakai lagi."
risau dia pasal basuh baju.
tak pernah buat kerja tu.
kat rumah semuanya kakak yang buat semua.
kena belajar berdikarilah sikit.
kata nak jadi insan hebat.
kena bijak bawa diri kat tempat orang.
kena belajar betul-betul.
buktikan kita hebat.
belajar score dan koko pun hebat.
asah betul-betul bakat yang ada tu.
bakat kepimpinan dan bakat pidato.
mana tahu, suatu hari nanti bisa jadi pendakwah hebat.
bukan sekadar pidato, belajar menulis pun penting.
medan dakwah lebih luas.
kuasai bahasa arab dan bi dengan baik.
medan dakwah lebih menyeluruh.
boleh pergi ke arena antarabangsa.
tak mustahil wahai anak ku aiman.
aiman boleh buat.
aiman bisa.
aiman dilahirkan untuk jadi juara.
aiman dilahirkan untuk jadi pememang.
ciri-ciri tersebut telah ada dalam diri mu.
asah terus asah agar menjadi-jadi dihari depan.
itulah doa aku dan isteri...
ke Tesco cukupkan keperluan Aiman. |
No comments:
Post a Comment