Tuesday, January 24, 2012


tengahari nanti aiman akan terbang ke KB semula. esok dah sekolah. sekolah minta cuti, rabu dan khamis. Tapi YIK tak lulus. dah lama cuti. dah 5 hari. dah cukup. lagi pun sekolah baru buka. enjin belum betul-betul panas dah cuti panjang.

flightnya jam 3.40 petang. sampai jam 4.40 petang. wan inda akan ambilnya dari airport. hantar ke asrama. tapi ke ke airport mungkin 2 jam awal. aiman mana boleh lambat.

bulan 2 mungkin tak balik. aku akan turun KB pada 24/25 feb ini. jadi tak payah balik.

baby dah 2 hari tidur kat rumah cdm kuyah. hari ini baru balik. esok dah sekolah. sekolahnya tak ambil cuti untuk hari rabu, khamis dan jumaat. sekolah agama dan tak ada pelajar cina. tak payah sekolah ganti.


No comments:

Post a Comment