Sambung lagi catatan ini.
Jom layan, suka-suka, seronok, enjoy.
Sambil tunggu maghrib.
Sambil tunggu tugasan malam ini.
Lepas check in hotel.
Apa lagi, terus masuk bilik.
Buat apa masuk bilik.
jeng!jeng!jeng!
Solat jamak dulu.
Lepas tu baca paper, Mem terus lena.
Habis paper, baca pulak buku.
Sentiasa ada bekalan, kemana saja aku kembara.
Dah lama tunggu saat dan ketikanya.
Tak berapa kuat, berbadan dua.
Lena seketika.
Jam 5 petang.
Mem nak keluar.
Ronda-ronda KB.
Dah tak sabar, sambil-sambil cari apa yang patut.
Makan la tu, mana tahu terjumpa nasi kerabu golok.
Mee celup ke, kerang rebus, akok ke dan banyak lagi.
Aku malas nak keluar lagi.
Tahan dulu, kemahuan nak keluar, sambung menelaah buku dulu.
Mana boleh tahan.
Lama-lama, keseorangan kat bilik.
Aku pun keluar juga.
Saja nak tengok suansan petang di KB.
Foto2 ni aku ambil kat sekitar hotel je, tak jalan jauh pun.
Hujan dan batuk, malas nak jalan jauh-jauh.
Aku ke kedai buku.
Syarikat Muda Osman.
Lagi pun aku ni dah ahli.
Dapat diskaun 10%.
Sekarang ni berlumba-lumba syarikat buka keahlian.
Makin ramai jadi ahli, makin kukuh syarikat.
Oh! Aku terlupa, kad popular aku pun dah tamat tempoh.
Dah kena buat baru, kalau tak, tak dapat potongan 10% setiap kali beli buku kat Kedai Buku Popular.
Aku menapak ke bilik.
Nak solat dan rehat sekejap sebelum dijemput oleh Wan Inda.
Nak gi Asrama Aiman dan makan pat pet belut di Pantai Cahaya Bulan.
Ajak Fazlan sekali. Tak ada Fazlan, makan tak best.
Kami ke Asrama Aiman dulu, hantar cetun, baju sekolah dan sijil-sijil.
Sempat sembang dengan penyelia asrama. Lama juga sembang, kenal-kenal. Mudah nak wat kkiro.
Lagi pun Aiman, sedang ikuti majlis bacaan yassin bersama rakan seasramanya.
Lepas itu kami bertolak ke PCB.
Menuju kedai belut.
wow! Masa kami sampai, hanya ada 2 puak je. 1 dah dapat. Cuma 1 lagi yang belum dapat.
Tapi puak mereka tu ada kira-kira 10 orang. Siap main daun terup lagi.
Tanda dah bersedia untuk lama menunggu.
Dah biasa datang sini kot.
Kacang pagoda pengubat waktu menunggu. |
Kami pun apa kurangnya.
Bekalan memang bawa, agar tak lama sangat menunggu.
Tapi malam tu, kami menunggu tak lama. Hanya 1.15 sahaja.
Bila tiba waktu melantak. Dah tak ingat lama tunggu.
Terlupa dek kesedapan pat pet belut.
Aku sengaja kosongkan perut,
agar dapat menikmati sepenuhnya kesedapan pat pet belut tersebut.
Sape yang tak berapa lapar,rugi bagi aku. Tak dapat menikmati kelazatanya.
Jam 12, dah siap.
Kami kembali ke hotel.
Kali ini kami tumpang kereta Fazlan.
Kena tidur cepat. Esok pagi-pagi kena bertolak ke KL.
Flight jam 8.15 pagi. Jadi kami kena sampai sebelum jam 7.15 pagi.
Sebelum terbang. Baca paper dulu. Lihat tajuk2 menarik. Kutip ilmu, mana yang penting. |
Ikuti kelas Akademi Taipan181.
Tambah semangat. Tambah ilmu. Kongsi pengalaman.
Sempat jumpa dengan sahabat-sahabat sekapal.
Kapal menuju ke pulau impian.
No comments:
Post a Comment