Thursday, February 23, 2012

Ceramah PR; Taman Bukit Kinrara

terkejut juga aku.
balik dari hantar anak ke sekolah.
lalu tepi padang permainan depan rumah aku.
dihujung sana dah terpacak bangsal( kecik je).
nak ceramah kot. bisik hati aku.
mungkin malam ini.

dah lama tak ada ceramah.
seingat aku la, sebelum PRU 12 ada sekali.
malam ini sekali lagi...
dah dekat PRU13 kot.
sape bagi ceramah, aku pun tak tahu.
tunggu malam ini.
perkhabaran apa nak bawa malam nanti.
berapa ramai yang akan turun padang, dengar ceramah.
segalanya akan terjawab malam ini...
nak cuci minda penduduk Taman Bukit Kinrara kot,
hari-hari diasak dengan pelbagai kisah negatif Kerajaan Selangor hari ini.


Padang permainan Taman Bukit Kinrara, tempat ceramah malam ini.

Tuesday, February 21, 2012

syoknya begini...

syoknya begini.
pagi-pagi hantar anak ke sekolah.
cari breakfast sambil baca paper.
balik rumah santai-santai tunggu appointment.
sambil tunggu appointment, call buat appointment seterusnya.

Monday, February 20, 2012

8 Aksi Amar.

wow! 
Muhammad Khaleeq Amar.
Dah nak cukup setahun.
2 minggu lagi.








Sunday, February 19, 2012

Baby Tak Balik Rumah....

Baby tak ada kat rumah.
balik sekolah hari jumaat,
terus gi rumah kawan,
hari ini baru balik(gi ambil petang).

wow!
seronoknya gi rumah kawan.
main, main dan main,
tak ingat kat Amar ke baby.
Amar cari baby,
kalau Amar terjaga malam hari.

wow!
tak ada kerja sekolah ke?
kalau ada, dah buat ke?
kalau dah buat, dah siap ke?
kalau tak buat, bila nak buatnya.

Saturday, February 18, 2012

Ya La Esok Sekolah.

Kat LCCT.
Nak terbang ke KB.
Aik! 
Cepatnya.
Khamis petang sampai.
Sabtu petang gi semula.
Ya la, esok dah sekolah.

Thursday, February 16, 2012

LCCT

Aiman....tiba dari KB.

baru sampai dari LCCT.
ambil Aiman balik dari Kelantan.

wow!
sempatlah dok kat rumah.
jumaat dan sabtu setengah hari.

wow!
lepaskan rindu pada adik-adik.
main puas-puas, kelak 3 minggu baru jumpa semula.

demi ilmu,
demi masa depan.
sanggup berpisah dengan mak bapa.

kutip ilmu dan kutip pengalaman.
buat bekalan dihari muka....
soal duit, tak payah pikir.
biar mak bapa yang pikir.
rezeki tetap ada, asalkan nak belajar.
simpanan dah ada untuk Aiman belajar.
nak masuk U, insyaalah dah ada bekalan untuk itu.
kena buat persediaan awal....

Wednesday, February 15, 2012

Tak Jadi G Melaka.

pagi tadi kami berkira-kira nak ke Melaka petang ini.
kalau ikutkan perancangan nak bertolak sekitar jam 3 petang.
tapi appt jam 2 petang, habisnya hampir jam 5 petang.
tak jadi ke Melaka petang ini.
waktu melawat dari jam 5 hingga jam 7 petang.
jadi kalau bertolak jam 5 sudah tentu jam 7 belum tentu sampai.
orang balik kerja jalan pasti sesak.
tapi kena gi juga ke melaka.
ke melaka nak ziarah anak kawan kami.
berada dalam ICU, diabetis punya penangan.
aku pun baru tahu semalam, terkejut juga.
serius, dah lebih sebulan berada kat hospital.
dengar kisahnya bikin kecut, kakinya melecet pada awalnya.
lepas tu merebak, diabetis punya hal.
mungkin kakinya akan dikorbankan, atas buku lali...
(ini yang aku dengar citenya).
bila ziarah, baru pasti cerita sebenarnya....