Tuesday, January 17, 2012

KB1


14/1/2012
Sabtu
.
Aku dan isteri balik ke KB. 
Ada urusan persekolahan Aiman.
Hari penamat orentasi sekolah.
Ada taklimat terhadap ibubapa.
Sebagai ibubapa yang prihatin kami sanggup turun KB
Flight jam 7.15 pagi. Kami bertolak dari rumah jam 5.30 pagi.
Sampai Subang sebelum jam 6 pagi. Check in, solat subuh.
Nasib sikit awal kami ke surau, orang solat belum ramai lagi.
Suraunya kecil sahaja. Muat-muat 4,5 orang solat serentak.
Sudah je kami solat, berderu-deru orang menuju surau.
Malangnya kena tunggu, tak muat nak solat.
Tak boleh besarkan surau sikit?



Sebelum masuk, singgah sini dulu. Beli apa-apa yang patut. Paper dan majalah. Bekalan nanti.
Terbang ke KB, mengambil masa 1 jam 15 minit.
Waktu sebenar terbang hari tu, 7.25 pagi.
Apa yang kami buat, tidur saja.
Guna sepenuhnya peluang yang ada.
Paper beli tu buat apa?
Baca kat hotel nanti...

Sampai KB.
Ambil bagasi.
Tunggu Wan Inda datang ambil.
Persinggahan pertama. Makan dulu. Nasi belauk. Nasi dagang. Isi perut dulu. Kat Subang tadi ringan-ringan je makannya. Tengok Mak Cik ni, meniaga kat kaki lima je. Orang beli, makan kat restoran. Restoraan tak sediakan breakfast. Jadi rezeki Mak Cik belah pagi. 

Restoran Hover. Cina punya. Pekerjanya semua melayu. Tak ada masalah nak makan. Tokey hanya jaga duit sahaja.

Lepas makan.
Kami ke Mahaad Pengajian Islam.
Program mula jam 10 hingga jam 12.

Lepas tu.
Ambil Aiman.
Speck pula rosak.
Patah.
Kena buat lain.
Milan Optical Sdn. Bhd. Pekerjanya Melayu dan perempuan. Tokey seorang je Cina.


Tak buat spek baru. Cuma ganti bingkai saja. Hanya 10 minit siap. Nasib ada bingkai yang sepadan dengan cermin.
Lepas ganti spek.
Apa lagi, makan tengahari.
Mana lagi, kalau tak Perkampungan Kraf.
Aiman nak makan kat situ.
Sedap katanya. Nak makan ikan keli.
Sebelum melantak. Sempat juga aku berfoto dengan Aiman. Dah tinggi. Tak lama lagi sama tinggi dengan aku kot.
Lepas makan.
Ke Bazar Tok Guru.
Nak beli beberapa lagi keperluan Aiman yang belum cukup.
Beli baju sekolah, cadar serta kasut.
Kena cukup peralatan sekolah. Bukannya dekat dengan kami.
Nasib baik semuanya tersedia kat Bazar Tok Guru.
Cuba jangan tak cuba. Nanti tak muat pulak. Baju sekolah dah ada 4 pasang. Tapi satu dah tercabut butang. Jadi tak boleh nak pakai. Nak jahit, belum belajar lagi. Jadi kena cukupkan baju sekolah tu sampai 5. Senang 1 hari 1 helai.


Lepas situ.
Kami hantar Aiman ke Asramanya.
Jam 2 petang. Dia nak rehat.
Pagi tadi sekolah adakan qiamullai dan pagi terus ada program.
Nak rehat. Tak nak gi mana-mana lagi.

Tempat Aiman tinggal di KB. Asrama adalah banglow yang disewa oleh pihak sekolah.
Lepas itu kami pun berehat.
Check in kat Hotel Suria.
Dekat dengan Stesen Bas. Tengah bandar.
Senang nak ronda-ronda.
Lagi pun kat bawah ada Kedai Buku.
Nak cari buku, bila petang nanti.
Mana tahu dapat buku terbaru.
Bisa jadi koleksi tahun 2012.

Kami pun tertidur...............
Jumpa lagi lepas asarrr...

No comments:

Post a Comment