Wednesday, March 30, 2011

Puchong...




Sekitar Puchong Jaya.
Hampir Maghrib.
Sibuk dan sesak.

pandai-pandailah cari jalan.
agar tidak kelewatan sampai rumah.

Tuesday, March 29, 2011

Leteran ibu vs tangisan anak.



lama baru dapat adik.
nak dapat lebih perhatian.
seperti dulu-dulu.

kepenatan, baru balik dari sekolah.
ada latihan teakwando lagi.
kelaparan lagi.
kesiannya anak abah..

Sunday, March 27, 2011

Khaleed Amar1







Khaleed Amar bersama sepupunya, erin...

Saturday, March 26, 2011

Kartini Mat Yaakob.



Selamat hari lahir buat isteri.
Kartini Mat Yaakob.
Dah cecah 38 tahun.
Melayari hidup berumahtangga bersama aku lebih 13 tahun.
3 orang zuriat.
2 lelaki, 1 perempuan.

Anak sulung.
Muhammad Khalif Aiman.
Belajar di sekolah Semi Abim, Sungai Ramal Dalam.
Umur 12 tahun.
UPSR tahun ini.
Anak ke 2.
Khaleeda Ameraah.
Umur 7 tahun.
Belajar di sekolah At tamimi, USJ.
Anak ke 3.
Muhammad Khaleed Amar.
baru 21 hari.
Aku, suaminya.
doa agar kebahagiaan berpanjangan dalam penuh keberkatan.

Bermula sebagai pendidik.
Minat berniaga.
sekarang telah tinggalkan kerjaya pendidik.
sepenuh masa berniaga.
lebih bebas. tak terikat dengan sape-sape.
diikat oleh impian.
perjalanan dalam perniagaan masih panjang.
masih banyak impian yang belum tercapai.

Friday, March 25, 2011

Khaleeda Ameerah



gaya-gaya terbaru khaleeda ameerah.

Khaleed Amar





Khaleed Amar

g

Muhammad Khaleed Amar

badik

badik by kartinimatyaakob
badik, a photo by kartinimatyaakob on Flickr.


dah beberpa kali aku makan kuih ni.
boleh tahan juga sedapnya.

Thursday, March 24, 2011


lenanya tidur.
bangun. malam pulak sambung.

Wednesday, March 23, 2011

2007


Sydney 2007.
Jalan-jalan negara orang.
Lihat keindahan.
Tengok perbezaan budaya kita dengan mereka.

Tuesday, March 22, 2011

Cikgu Sulizi - Beruntung Jadi Anak Kelantan

biasalah kalu ore kelate. dikir barat amat dekat.

Aku.

apa khabar semua.

terima kasih kerana sudi melayari blog aku. ringkas. mudah tak serabut. nak lebih-lebih aku tak berapa mahir dan tak pandai pun. blog sekadar perkongsian kisah kehidupan kami sekeluarga.  gambar-gambar kenangan. mungkin aku agak lewat mendalami dunia blogging. mungkin sibuk menjalani hidup. sibuk dengan kerja. sibuk dengan berniaga. tak sempat mengadap komputer. 2010 dan 2011, aku tak lagi dihambat kesibukan melampau. kerja pun agak kurang. kalau sibuk pun bermusim. ada masa untuk bersantai dengan komputer. tengok situ, tengok sini. layari blog demi blog. terpikir aku, kenapa aku tak milikinya. boleh curah idea. selama ini dok peram dalam minda je. buku dah banyak baca. cuma tak tahu media sesuai nak luahkan. boleh kongsi cerita kehidupan. asam garam bekerja sendiri. 

bulan depan, genap setahun aku melayari dunia blogging. blog ni masih baru, yang lama cite pasal akademi taipan 181. seronok. happy. masa kosong dipenuhi. selang seli dengan dunia buku dan blogging. banyak juga catatan yang aku post. harap berguna. kalau tak berguna tak payah baca.syukur juga bertemu dunia blogging. ruang masa terisi. lebih luas dan boleh berkongsi. kena rajin buat. kena tekun. kena sentiasa belajar.

Monday, March 21, 2011

Khaleeda Ameerah

210320111639 by kartinimatyaakob
210320111639 a photo by kartinimatyaakob on Flickr.

baru sampai dari sekolah.
hari ini ada latihan taekwando.
nampak penat je.
aku harap dia boleh bertahan lebih lama.
jangan hangat-hangat tahi ayam je.
tak sampai 6 bulan dah nak berhenti.
belajar sampai pandai.
belajar sampai mahir.
belajar sampai jadi juara.

9 hari tinggal...


fight ke Hong Kong.
masih ada 9 hari.
masih ada 216 jam.
masih ada 12,960 minit.
masih ada 777,600 saat.
terus fight, hingga closing date.
guna sebaik-baiknya masa yang ada.

jangan tak ada mood lagi.
nak tak ada mood, mesti lepas fight Hong Kong dulu.
jangan kecewa lagi.
nak kecewa pun lepas fight Hong Kong dulu.
jangan main hati lagi.
nak main hati pun, fight Hong Kong dulu.

berapa belum cukup?
sendiri mau tahu.
rugi besar kalau tak layak...

Sunday, March 20, 2011

Al Diafah- restoran arab.

g

g
g
g

Lunch di Restaurant Al Diafah, Sri Petaling.
43 &45 Jalan Radin Anum
Sri Petaling 57000 K Lumpur.
tel- 03-9059 6237/39
Makan Nasi Mendy Lamb.
Nasinya memang sedap.
Kambingnya kurang sikit.
Kambing kat Restorant Saba Cyberjaya, lagi best.
lebih lembut. teringat-ingat.

Al Diafah lebih eklusif tempatnya.
nak merasa nasi mendy boleh datang.
kat Saba tak ada nasi mendy.

pemiliknya orang arab.
mencari rezeki di bumi malaysia.
dah lebih 10 tahun menetap kat sini.

Friday, March 18, 2011

TTI









































hari ini aku bersama dengan aiman dan ameerah telah melawat ke taman tamadun islam terengganu.
banyak ilmu yang kami dapat. bersyukur dapat juga kami ke sana. gambar-gambar tersebut telah menggambarkan 21 monumen yang terdapat di sini. tak rugi, kalau bawa anak-anak melawat. banyak yang kita tak tahu, masjid-masjid tersohor di luar negara. bentuk-bentuk pun mengkagumkan.