Tuesday, March 22, 2011

Aku.

apa khabar semua.

terima kasih kerana sudi melayari blog aku. ringkas. mudah tak serabut. nak lebih-lebih aku tak berapa mahir dan tak pandai pun. blog sekadar perkongsian kisah kehidupan kami sekeluarga.  gambar-gambar kenangan. mungkin aku agak lewat mendalami dunia blogging. mungkin sibuk menjalani hidup. sibuk dengan kerja. sibuk dengan berniaga. tak sempat mengadap komputer. 2010 dan 2011, aku tak lagi dihambat kesibukan melampau. kerja pun agak kurang. kalau sibuk pun bermusim. ada masa untuk bersantai dengan komputer. tengok situ, tengok sini. layari blog demi blog. terpikir aku, kenapa aku tak milikinya. boleh curah idea. selama ini dok peram dalam minda je. buku dah banyak baca. cuma tak tahu media sesuai nak luahkan. boleh kongsi cerita kehidupan. asam garam bekerja sendiri. 

bulan depan, genap setahun aku melayari dunia blogging. blog ni masih baru, yang lama cite pasal akademi taipan 181. seronok. happy. masa kosong dipenuhi. selang seli dengan dunia buku dan blogging. banyak juga catatan yang aku post. harap berguna. kalau tak berguna tak payah baca.syukur juga bertemu dunia blogging. ruang masa terisi. lebih luas dan boleh berkongsi. kena rajin buat. kena tekun. kena sentiasa belajar.

No comments:

Post a Comment