Thursday, May 26, 2011

Khalif Aiman...


kat kampung.
berbasikal keliling kampung.
tak ada siapa yang halang.
tak risau apa-apa.
gi la mana nak gi.
asalkan jangan terjun telaga buruk je.
turun pagi, naik petang.
lupa makan minum.
keseronokan suasana kampung.
malam je, terus tidur.
esok pagi-pagi dah nak main.
tv-tv tak tengok.
tak ada masa.
main sepuas-puasnya.
kat kl pantang hilang dimata.
risau je.
macam-macam boleh berlaku.
culik dan sebagainya.

Wednesday, May 25, 2011

Baca Buku!!



sedang baca buku.
harap berterusan sampai besar.
kecik-kecik suruh baca baru baca.
lepas ni tak payah suruh, akan baca sendiri.
buku-buku dah banyak.
 cuti sekolah ni, kena bekalkan dgn buku-buku.
kalau tak akan boring dok kat rumah.
asyik nak berderat je.

anak abah.


assalamualaikum.
buat anak-anak aku. sedang lena diulik mimpi. masa aku keluar mereka belum tidur. sedang baca buku. sedang layan adiknya. sedang seronok bermain. tak perlu pikir ape-ape. janji esok pagi akan ke sekolah. minyak naik ke. tol naik ke. barang makan naik ke. ape mereka peduli. janji perut mereka terisi dan mampu dapat beli/miliki apa yang kebanyakan orang lain miliki.
aku tahu, anak-anak abah telah banyak bekorban. selalu aku tak ada kat rumah. hujung minggu je kami outstation. cari rezeki buat anak-anak abah dan mim. kalau tak lakukan itu, mana mungkin kita boleh hidup begini. sedikit mewah dari orang lain. mampu miliki rumah. mampu miliki kereta. mampu bawa anak abah gi melancong. mampu balik kampung menaiki pesawat udara.
anak-anak abah. belajarlah rajin-rajin. mana sekolah yang anak abah nak belajar. abah dan mim akan usahakan sampai dapat. usahlah takut pasal kosnya. abah dan mim akan penuhinya demi masa depan anak-anak abah. nak beli apa, abah dan mim tak pernah berkira, asalkan anak abah dan mim berjaya dan tahu menghargainya. kasut bola, abah ingat dah 5,6 pasang. belum rosak pun dah beli baru. beg sekolah pun sama. kasut sekolah. belum kira jersy bola lagi. nak, mintak dan dapat. nak beli buku, abah akan penuhinya. apa lagi yang abah harap dari anak-anak abah ialah berjaya.

malam k3


malam ini malam ke3.
bersama dgn si kecik.
lambat tidur.
jam 1 baru lena.
buat ape pun, 
belum sampai masanya dia tak tidur.

Tuesday, May 24, 2011

Super Mom..





hari ke2 maid balik kampung.
maknanya dah 2 hari Mim maid sepenuh masa.
cuti berniaga ke?
meniaga hujung jari.....

lulus ujian. 
si kecik lena je tidur malam. masa ada maid, dok berjaga, tak mahu tidur.
semalam masak nasi belauk utk pg.
nasi ayam utk tengahhari.
anak-anak balik sekolah, suap nasi anak-anak.
pagi ni, sdg masak. pasti berselera dan x sabar nak makan.

aku pun tak ke mana-mana.
boleh baca buku. masih banyak yg belum khatam lagi. sambil update blog.


Friday, May 20, 2011

Balik Kg.



foto ni aku ambil atas flight. 

semasa balik kampung sempena cuti hari wesak.
seronok sakan. dah lama tak balik kampung sekeluarga.
kalau balik aku dan wife je. anak-anak kena tinggal.
balik sebab perniagaan la. hari tu balik pasal keluarga. tu yang bawa 2 anak.
1 masih kecil. kena tinggal dululah. lain kali baru boleh bawa semua sekali.


mim bersama putra putrinya.
abang baru darjah 6. upsr tahun ini. mak yg risau. anak ok je. anak buat tak kisah je.
baca buku kena suruh. pasal main bola, tak payah suruh. dah tahu bila nak gi main.
budak-budak katakan. 
adik baru darjah 1.
lagi sempoi. tak kisah. kerja sekolah asyik ok je. kalau tanya dah siap kat sekolah.
surah-surah hafalan pun lambat mula. tapi kalau hafal mudah ingat. petang-petang mesti kena main.
aku pun suruh dia main. kalau tak main,lagi berisi badannya. pasal makan memang lebih pada abang.


aku, isteri dan baby. dok tunggu flight.
bertolak dari rumah jam 5.42am lagi. jam 4.30am dah kejutkan anak-anak.
takut terlepas flight pulak. terbang dgn airasia. naik je flight aku terus tidur. itu biasa. masa yg bagus utk tidur. sedar-sedar sampai. itu yg seronoknya.


sampai je kb. sewa kereta. dapat kereta persona. ok juga. lajunya boleh tahan.
kereta masih baru. terus meluncur laju menuju tanah merah. rumah aku. rehat sekejap. sambung tidur.
anak-anak sibuk dengan main dgn sepupu mereka. dah lama nanti saat sebegini. main, main, main. 
hingga lupa nak makan.
lepas makan tengahari.
kami bertolak ke jertih. hadiri kenduri kesyukuran kakak ipar nak pergi mengerjakan umrah.
jam 3 sampai. orang dah tak ramai. abe li masih ada lagi. belasah gulai kambing. wow sedap.
sejam lebih kat situ. kami bertolak pulak ke rumah mek putih. pok adik dan we ada kat rumah. 
makan tapai. mandi sihatkan badan.

jam 6pm. berangkat ke kb. singgah dulu kat pasar malam wakaf che yeh. ini baru berkesempatan singgah. selalunya, lepas kelas bergegas ke airport. flight awal. hari itu flightnya jam 10.35. ada masa singgah untuk cuci mata dan ssegar angin.  peniaga sedang buka. dapatlah beli sebarang dua. anak aku beli jersy. baby beli selipar. aku tak beli apa-apa. tak berminat dan tak rancang nak beli sesuatu. tapi aku singgah kat kedai buku muda osman. beli juga buku. buku tak boleh tahan. jumpa kedai, nak beli. tak beli tak sedap hati, rasa rugi sangat-sangat.

lepas maghrib. cari kedai makan. singgah kedai bob roti canai. anak-anak makan roti canai. rotinya ok. sedap. lembut. cicah kari dal.  aku makan nasi sup. tak berapa sedap sangat. lagi menyentap selera aku, bila tengok sink tempat cuci tangan. kotor yang amat. langsung hilang selera makan.


sampai airport. check in. hantar kunci keta sewa.
masuk ruang menunggu. aku dan abang solat dulu. 
lepas tu, baca buku. baby pun beli buku kat airport. anak beranak menelaah buku. 
tiba-tiba aku punya kawan tiba, pun nak terbang ke KL. mengajar kat UPM, sedang belajar untuk dapatkan PHD. isterinya mengajar kat kelantan. dia berulang. 2 minggu sekali.

Wednesday, May 11, 2011

Khaleed Amar 2




dah lama juga aku tak cite pasal Khalif Amar.
dah 2 bulan. sekejap je.
berjaga malam, siang tidur.
nasib baik la ada bidan yang jaga.
anak lahir semasa ibu bapa berniaga mlm.
bertuah, banyak kelebihan.
ada bidan yang jaga.
dah ada pru bsn.



Sunday, May 8, 2011