Friday, May 20, 2011

Balik Kg.



foto ni aku ambil atas flight. 

semasa balik kampung sempena cuti hari wesak.
seronok sakan. dah lama tak balik kampung sekeluarga.
kalau balik aku dan wife je. anak-anak kena tinggal.
balik sebab perniagaan la. hari tu balik pasal keluarga. tu yang bawa 2 anak.
1 masih kecil. kena tinggal dululah. lain kali baru boleh bawa semua sekali.


mim bersama putra putrinya.
abang baru darjah 6. upsr tahun ini. mak yg risau. anak ok je. anak buat tak kisah je.
baca buku kena suruh. pasal main bola, tak payah suruh. dah tahu bila nak gi main.
budak-budak katakan. 
adik baru darjah 1.
lagi sempoi. tak kisah. kerja sekolah asyik ok je. kalau tanya dah siap kat sekolah.
surah-surah hafalan pun lambat mula. tapi kalau hafal mudah ingat. petang-petang mesti kena main.
aku pun suruh dia main. kalau tak main,lagi berisi badannya. pasal makan memang lebih pada abang.


aku, isteri dan baby. dok tunggu flight.
bertolak dari rumah jam 5.42am lagi. jam 4.30am dah kejutkan anak-anak.
takut terlepas flight pulak. terbang dgn airasia. naik je flight aku terus tidur. itu biasa. masa yg bagus utk tidur. sedar-sedar sampai. itu yg seronoknya.


sampai je kb. sewa kereta. dapat kereta persona. ok juga. lajunya boleh tahan.
kereta masih baru. terus meluncur laju menuju tanah merah. rumah aku. rehat sekejap. sambung tidur.
anak-anak sibuk dengan main dgn sepupu mereka. dah lama nanti saat sebegini. main, main, main. 
hingga lupa nak makan.
lepas makan tengahari.
kami bertolak ke jertih. hadiri kenduri kesyukuran kakak ipar nak pergi mengerjakan umrah.
jam 3 sampai. orang dah tak ramai. abe li masih ada lagi. belasah gulai kambing. wow sedap.
sejam lebih kat situ. kami bertolak pulak ke rumah mek putih. pok adik dan we ada kat rumah. 
makan tapai. mandi sihatkan badan.

jam 6pm. berangkat ke kb. singgah dulu kat pasar malam wakaf che yeh. ini baru berkesempatan singgah. selalunya, lepas kelas bergegas ke airport. flight awal. hari itu flightnya jam 10.35. ada masa singgah untuk cuci mata dan ssegar angin.  peniaga sedang buka. dapatlah beli sebarang dua. anak aku beli jersy. baby beli selipar. aku tak beli apa-apa. tak berminat dan tak rancang nak beli sesuatu. tapi aku singgah kat kedai buku muda osman. beli juga buku. buku tak boleh tahan. jumpa kedai, nak beli. tak beli tak sedap hati, rasa rugi sangat-sangat.

lepas maghrib. cari kedai makan. singgah kedai bob roti canai. anak-anak makan roti canai. rotinya ok. sedap. lembut. cicah kari dal.  aku makan nasi sup. tak berapa sedap sangat. lagi menyentap selera aku, bila tengok sink tempat cuci tangan. kotor yang amat. langsung hilang selera makan.


sampai airport. check in. hantar kunci keta sewa.
masuk ruang menunggu. aku dan abang solat dulu. 
lepas tu, baca buku. baby pun beli buku kat airport. anak beranak menelaah buku. 
tiba-tiba aku punya kawan tiba, pun nak terbang ke KL. mengajar kat UPM, sedang belajar untuk dapatkan PHD. isterinya mengajar kat kelantan. dia berulang. 2 minggu sekali.

No comments:

Post a Comment