Thursday, June 16, 2011

Abang.

3 aksi khalif aiman.




Monday, June 13, 2011

Abang.


Dah nak gelap. Jam menghampiri angka 7. tak lama lagi azan maghrib akan kedengaran dari surau Taman Bukit Kinrara. Dah hampir 7 tahun aku ulang-alik ke surau tersebut. Anak-anak tengah ralit bermain di taman. Kalau tak panggil suruh balik, alamak azan baru sudah main. Leka bermain. Seronok punya pasal. Lepaskan gian, setelah seharian berada di sekolah. Maid pun masih kat taman, layan anak-anak main. Harap hati kita sentiasa cerah.

Anak sulung aku. tahun 6. tahun ini upsr. tak nampak gaya nak periksa. macam biasa je. tak pulun belajar. gi dan balik sekolah. tak risau. mak bapak je yang dok risau. anak rilek. nak marah pun macam tak patut je. tak nak marah pun naik risau, tak score. minat sesangat main bola. kurang fokus. main sekejap. bila jadual ketat sikit dah tarik diri. penat katanya. hanya dok main kat depan rumah je. padangnya luas sekankang kera je. budak tadika sepak pun dah lepas padang. budak macam dia tu lagi la. main pun dengan budak-budak sekolah menengah dan lepas spm. 

nasib baik ada duit lebih. boleh hantar belajar tuisyen. kat pusat tuisyen. kat rumah pun ada cikgu yang datang. biar penuh seminggu. tak ada rehat langsung malam. kalau tak dok tengok tv je. sepatutnya belajar je hidupnya. sepatutnya hidup dengan belajar je. tak payah pikir main. kalau nak main pun mesti target besar. wakili negara baru betul. pulun giler. hidup untuk main bola. ini tidak tak fokus. tak setia pada minat.
perjalanannya masih jauh. upsr bukan penentu hidup senang atau susah. pendidikan bukan penentu income yang kita bawa balik rumah. pendidikan bukan penentuan income yang kita bawa balik ke keluarga kita. itu kita kena jelas. lihatlah sekarang ini. ada ijazah, tak semestinya pendapatan lebih besar dari yang tak ada ijazah. malah ramai yang kaya raya tanpa ada spm. ada yang peniaga besar, tak sekolah pun. jadi sekolah bukan penentu kehidupan dihari muka. cuma kalau ada pendidikan kita ada sedikit kelebihan dari orang lain. tapi kelebihan ini, tak boleh lawan dengan berani. berani adalah kunci kejayaan. berani penentu kemewahan. berani penentu senang atau susahnya kehidupan. bukan berani membuta tuli. tapi berani gagal.


Sunday, June 12, 2011

Santai tepi pantai.

090620112719 by kartinimatyaakob
090620112719, a photo by kartinimatyaakob on Flickr.
9/6/2011.
khamis.
santai d pantai penang.
mengadap pulau jerjak.
sambil makan laksa, mee rebus,
minum air kelapa..

Saturday, June 11, 2011

Andrea Hirata-Padang Bulan.


Novel yang sedang aku habisi.
dah 2,3 hari tapi belum tamat.
sekarang ni sedang ku lunyai buku keduanya.
lain dari yang lain.

Tuesday, June 7, 2011

Bowling Lagi


bertemu lagi.
hari ini sekali lagi main bowling bersama anak-anak.
semalam tak puas katanya. kalau tak gi main, tak tahu nak buat apa.
hari ni jam 10.10am dah gi ke ioi. 
tunggu orang siapkan gelanggang. terus boleh main.
orang pertama yang main hari ini.
lebih baik dari semalam.

Cuti Sekolah.

hari ini aku layan anak-anak.
Cdm Kartini gi meniaga.
dah lama tak gi main boling.
penuh orang main.
kebanyakan datang sekeluarga.
lebih kepada aktivi bersama anak-anak.
ada juga yang datang, lari dari tempat kerja. rehat tengah hari.
tunggu nak main.
ingatkan orang tak ramai.
rupa-rupanya penuh.
hampir 20 minit juga tunggu kekosongan.

kecik-kecik pun nak main.
nak baling bola pun tak larat.
tu yang asyik masuk longkang je.
tapi lama-lama ok la tu.
lihat orang main boling.
intip skill la tu.
sama baju mereka berdua.
baju sukma 2011.
beli kat stadium kriket bandar kinrara, jumaat lepas.
 kegemaran baby.
makan dan makan.
ini dah cawan kedua.
lepas tu ada lagi 1.

Monday, June 6, 2011

Pagi Senin.


dah kembali ke rumah.
pagi-pagi dah keluar.
hantar sedara ke bangi
sarapan di la riz, sungai merab.
dah ubah susun aturnya.
dah lama kami tak ke sini.
macam-macam ada.
pilih ikut selera je.
nasi lemak, roti canai,kuih muih.
nak cari nasi kerabu,
memang tak ada la.
yang tak ada tak payah mintak.
mintak yang ada je.
makan yang ada je.
pun kenyang juga.
 
hari ni.
nak gi mana.
bawa budak-budak.
kalau tak gi mana-mana boring pulak.
aku tak apa, boleh baca buku.
tak kan nak nak suruh mereka tonton tv.
bebelas jam mereka tengok tv.
otak bisa beku.

ke library ke.
nak ke kedai buku ke.
nak window shooping ke.
nak ke genting ke.
mana-mana satu.
dok kena pikir dulu.
aku ni tengah mengantuk.
tidur dulu. bangun baru buat keputusan.
semalam tidur lewat dan bangun awal.
ni mengantuk dah datang kacau.
nak berfikir pun tak ok.
bawa keta pun tak slow je.


Buku Lama 1987



buku semasa aku tingkatan 1.
tahun 1987.
dah cecah 24 tahun.
masih ada dalam jagaan aku.
elok lagi.
ada sape-sape nak beli.
buat koleksi...

Sunday, June 5, 2011

Khaleeda Ameerah2



asyik nak bergaya.




seronok bila dapat bergambar.





baru darjah 1 ni.
masih lagi manja dengan ibunya.

90 Hari Usia Amar


Muhammad Khaleed Amar bin Kamarudin




dah 90 hari.
melihat dunia.
tak sedar pun masa berlalu.
lama sikit tinggal, dah teringat.
dah bisa senyum.

Solat



mak bapak berdoa
agar baby istiqamah bersolat.
hingga ahkir hayat.

Saturday, June 4, 2011

Friday, June 3, 2011

Khalif Aiman2



di tangga Masjid Seri Petaling.
solat jumaat hari ini.
tenang dan hening.
jo'on