Tuesday, February 7, 2012

Tak Sekolah.

wow!
balik kg itu hari.
lama dari biasa.
sempat sembang-sembang.
banyak hal, banyak info.

Malas nak gi sekolah.
Hantar sekolah, balik semula.
Akhir sekali tak sekolah langsung.
Ada sekolah setakat darjah 1.
Ada sekolah setakat darjah 6.

Rugi tau.
Sekarang belum nampak lagi.
10-15 tahun lagi baru nampak.
Akibat tak sekolah.
Akibat tak sambung sekolah.
Nak kerja, semuanya mau sijil.
Tak ada sijil, tak ada kerja.
Kalau kerja sendiri, ok la.
Kalau berniaga sendiri, ok la.


Aku pun terkejut.
Mula-mula dengar.
Mak hantar sekolah, tak nak masuk kelas.
Mak balik rumah, dia terus balik.
Setakat ni ada 4,5 orang macam tu.
Kesian masa depan.
Kalau perempuan, boleh tahan lagi.
Bila kahwin, laki yang tanggung.
Tapi lelaki sikit susah.
Mungkin x ada perempuan nak buat laki.
Ah malas nak buat telahan.
Anda tahu sendiri.
Tak ada pelajaran zaman ini.
Susah nak hidup.
10 tahun ke depan lagi susah.

Kalau tak silap aku.
Kerajaan boleh dakwa ibubapa yang anaknya tak sekolah.
Tapi ini lain punya kes.
Mak bapa beria-ria hantar anak ke sekolah.
Anaknya yang tak sekolah.
Bukan mak bapa tak mampu hantar sekolah.
Si anak tak mahu gi sekolah.
Bukan tak ada adik beradik sekolah.
Cuma dia je yang tak nak gi sekolah.

Ada yang dok pusing2 kg je.
orang lain ke sekolah, kita ????
Orang lain sibuk belajar, kita...
Aku harap mereka yang tak nak sekolah, berubah.
Masih boleh terima lagi persekolahannya.
Asalkan nak....

No comments:

Post a Comment