Wednesday, January 4, 2012

Petang-petang bawa anak ke taman.
Setiap kali ada kesempatan.
Bukan selalu dapat, maklumlah kerja sendiri.
Kerja tak tentu masa.
Kadang-kadang sibuk. Kadang-kadang tak sibuk.

Tuesday, January 3, 2012

Aiman MPI

Sahabat Blog.



Selamat Tahun 2012.
Selamat pagi.
Selamat siang.
Sibuk Mim dok ngisi borang....

Aku masih lagi di bumi serambi mekah.
Petang ini baru bertolak ke Puchong.
Ada beberapa perkara lagi yang perlu diselesai berkenaan peresekolah Aiman.
Kalau ada yang tak selesai, susah pulak nanti.
Nak datang bukannya dekat. Hampir 400KM.
Tunggu nak pukul gambar..

Kenapa ni? Sedih je.

Petang nanti nak melawat Aiman.
Beli almari dan bersihkan biliknya sikit.
berhabuk.
tak selesa.

Dah selesai urusan pendaftaran. baru terasa lapar. pekena beehun dengan teh ais....baru RM2 sahaja.

Sebelum aku tinggalkan dia semalam.
"mim baju abang pakai ni kena basuh ke?"
"tak lagi, pakai sekejap je, esok boleh pakai lagi."
risau dia pasal basuh baju.
tak pernah buat kerja tu.
kat rumah semuanya kakak yang buat semua.
kena belajar berdikarilah sikit.
kata nak jadi insan hebat.
kena bijak bawa diri kat tempat orang.
kena belajar betul-betul.
buktikan kita hebat.
belajar score dan koko pun hebat.
asah betul-betul bakat yang ada tu.
bakat kepimpinan dan bakat pidato.
mana tahu, suatu hari nanti bisa jadi pendakwah hebat.
bukan sekadar pidato, belajar menulis pun penting.
medan dakwah lebih luas.
kuasai bahasa arab dan bi dengan baik.
medan dakwah lebih menyeluruh.
boleh pergi ke arena antarabangsa.
tak mustahil wahai anak ku aiman.
aiman boleh buat.
aiman bisa.
aiman dilahirkan untuk jadi juara.
aiman dilahirkan untuk jadi pememang.
ciri-ciri tersebut telah ada dalam diri mu.
asah terus asah agar menjadi-jadi dihari depan.
itulah doa aku dan isteri...
ke Tesco cukupkan keperluan Aiman.

Monday, January 2, 2012

Aiman sekolah di kelantan.

Sahabat Blog.

Hari ini aku register Aiman di Maahad Pengajian Islam(MPI).
Tingkatan 1 Mukmin. Seramai 190 orang pelajar yang terpilih dari 400 lebih pemohon. syukur Aiman dapat. kwan aiman pun dapat, tapi x jadi datang. dah register kat sekolah abim. lagipun surat panggilan tak sampai. kami datang pun berpandukan pada telefon saja. kami call dan memang dapat. jadi hari ini register juga dan memang nama muhamad khaleed aiman ada tercatat dalam buku cenderamata.

Belajar sekolah arab di negeri asal kami. di negeri serambi mekah. di negeri tok guru. walaupun kami berat hati nak berpisah dengan anak, tapi demi masa depannya kami tahan semua itu. biarkan aiman belajar jauh dari kami. harapan kami, pendidikan sekolah arab dapat membentuk sahsiah diri yang baik, seperti mana yang diinginkan oleh ajaran islam. menjadi benteng kukuh dihari muka.
dia pun nak duduk. asalkan dapat balik sebulan sekali. sesekali boleh melawatnya.

hari ini, terus dapat buku dan kelas. esok mula sekolah. mulalah kehidupan sekolah menengahnya dan persekolahan arab. subjeknya boleh tahan banyaknya. aku sentiasa doakan kejayaannya. kejayaan besar dari aiman. beri impak pada dunia.

malam ni, bermulah kehidupan di asrama. kami dah melawat asramanya. ok. tak teruk sangat. kami perlu beli almari buat aiman. almari sedikit teruk. maklumlah pelajar. bila dah habis spm, mulalah buat hal sikit. banyak juga almari yang kurang bagus. beli baru pun tak tahan lama. kalau nak tunggu pihak sekolah beli baru, lebih elok kami beli sendiri.

lepas register asrama tadi. gi cari barang kat tesco. macam-macam beli. tapi cadar warna yang sekolah nak tak ada. esok kena beli lagi. belilah juga bekalan biskut. kot2 lapar malam, bolehlah buat lapik perut. kami tahu, aiman suka makan malam. awal2 tak suka makan. makanan pun tak tahu macamana lagi. harap2 tak ada masalah. boleh makan dengan ok.

aiman duduk sebilik 4 orang.
anak warden situ, orang rantau panjang dan orang kedah.
nama mereka aku belum tahu. tak ingat nak tanya tadi. nak cepat. nampak geng dia tu ok.
taklah risau sangat kami.

esok sekali lagi kami akan ke asrama lagi sebelum balik KL.

Friday, December 30, 2011


Menarik. Dah ada 2 buah. Mungkin buku ke-3 bakal menyusul. Tak sabar menanti. Tak sabar menunggu. Kisah 'pendatang'. Terkesan. Semuanya belajar luar negara. Belanja sendiri. Terkilan dengan layanan yang diterima...Baca dan hayati apakan keterkilangan mereka.

Tidur Rumah Cdm Kuyah.


dah 2 malam Ameerah tidur rumah Cdm Kuyah.
Teringatnya aku padanya.
Mungkin sunyi kot kat rumah.
Tak ada kawan.
Atau tak boleh bermanja.
Dah ada adik.
(hi!hi!hi!)

Semalam aku call dia.
'Papa, baby tak nak balik'
'ok'
Terus tutup telefon.
Lepas tu aku call.
Mamanya call.
Dah tak berangkat.
Takut kot.
Kalau angkat, aku suruh dia balik.
Atau pun suruh mengaji pulak.
Baby selalu mengelak dari mengaji.
Kadang-kadang buat aku pening dan risau.
Baca Iqra' pun tak lancar.
Padahal dah masuk Iqra' 5.
Risaunya.
Aku perlu lebih doa.
Minta pada Allah.
Agar mudahkan dia belajar.
Aku pun kena lebih kesah padanya.
Tak boleh buat tak tahu.
Bila dah teruk, baru nak kesah.
Itu dah terlambat.

Tahun 2012.
Aku kena fokus padanya.
Fokus pada persekolahan serta pelajarannya.

Khaleed Amar Bin Kamarudin.




Friday, August 5, 2011

Khaleed Amar

Khaleed Amar by kartinimatyaakob



Khaleed Amar
pada 4/8/2011
(Khamis)