Thursday, August 30, 2012

Bertemu dan berpisah adat pertemuan.
Selamat datang ke dunia baru

Tuesday, March 6, 2012

Dah 365 Hari Jengah Dunia.


Khaleed Amar Bin Kamarudin.
Hari ini 6/3/12 dah setahun umur mu.
Rasa sekejap sahaja. Dah 365 hari rupa-rupanya.
Baru bertatih, 2,3 langkah jatuh.
Bangun bertatih lagi, 2,3 langkah jatuh lagi.
Bertatih lagi tak jemu-jemu, mungkin seminggu lagi ok la tu.
Setiap pagi, ke kedai makan roti canai bersama maid.
Petang-petang pulak ke taman depan rumah.
Tak boleh leka, naik tangga ke bilik atas.





Thursday, February 23, 2012

Ceramah PR; Taman Bukit Kinrara

terkejut juga aku.
balik dari hantar anak ke sekolah.
lalu tepi padang permainan depan rumah aku.
dihujung sana dah terpacak bangsal( kecik je).
nak ceramah kot. bisik hati aku.
mungkin malam ini.

dah lama tak ada ceramah.
seingat aku la, sebelum PRU 12 ada sekali.
malam ini sekali lagi...
dah dekat PRU13 kot.
sape bagi ceramah, aku pun tak tahu.
tunggu malam ini.
perkhabaran apa nak bawa malam nanti.
berapa ramai yang akan turun padang, dengar ceramah.
segalanya akan terjawab malam ini...
nak cuci minda penduduk Taman Bukit Kinrara kot,
hari-hari diasak dengan pelbagai kisah negatif Kerajaan Selangor hari ini.


Padang permainan Taman Bukit Kinrara, tempat ceramah malam ini.

Tuesday, February 21, 2012

syoknya begini...

syoknya begini.
pagi-pagi hantar anak ke sekolah.
cari breakfast sambil baca paper.
balik rumah santai-santai tunggu appointment.
sambil tunggu appointment, call buat appointment seterusnya.

Monday, February 20, 2012

8 Aksi Amar.

wow! 
Muhammad Khaleeq Amar.
Dah nak cukup setahun.
2 minggu lagi.








Sunday, February 19, 2012

Baby Tak Balik Rumah....

Baby tak ada kat rumah.
balik sekolah hari jumaat,
terus gi rumah kawan,
hari ini baru balik(gi ambil petang).

wow!
seronoknya gi rumah kawan.
main, main dan main,
tak ingat kat Amar ke baby.
Amar cari baby,
kalau Amar terjaga malam hari.

wow!
tak ada kerja sekolah ke?
kalau ada, dah buat ke?
kalau dah buat, dah siap ke?
kalau tak buat, bila nak buatnya.

Saturday, February 18, 2012

Ya La Esok Sekolah.

Kat LCCT.
Nak terbang ke KB.
Aik! 
Cepatnya.
Khamis petang sampai.
Sabtu petang gi semula.
Ya la, esok dah sekolah.

Thursday, February 16, 2012

LCCT

Aiman....tiba dari KB.

baru sampai dari LCCT.
ambil Aiman balik dari Kelantan.

wow!
sempatlah dok kat rumah.
jumaat dan sabtu setengah hari.

wow!
lepaskan rindu pada adik-adik.
main puas-puas, kelak 3 minggu baru jumpa semula.

demi ilmu,
demi masa depan.
sanggup berpisah dengan mak bapa.

kutip ilmu dan kutip pengalaman.
buat bekalan dihari muka....
soal duit, tak payah pikir.
biar mak bapa yang pikir.
rezeki tetap ada, asalkan nak belajar.
simpanan dah ada untuk Aiman belajar.
nak masuk U, insyaalah dah ada bekalan untuk itu.
kena buat persediaan awal....

Wednesday, February 15, 2012

Tak Jadi G Melaka.

pagi tadi kami berkira-kira nak ke Melaka petang ini.
kalau ikutkan perancangan nak bertolak sekitar jam 3 petang.
tapi appt jam 2 petang, habisnya hampir jam 5 petang.
tak jadi ke Melaka petang ini.
waktu melawat dari jam 5 hingga jam 7 petang.
jadi kalau bertolak jam 5 sudah tentu jam 7 belum tentu sampai.
orang balik kerja jalan pasti sesak.
tapi kena gi juga ke melaka.
ke melaka nak ziarah anak kawan kami.
berada dalam ICU, diabetis punya penangan.
aku pun baru tahu semalam, terkejut juga.
serius, dah lebih sebulan berada kat hospital.
dengar kisahnya bikin kecut, kakinya melecet pada awalnya.
lepas tu merebak, diabetis punya hal.
mungkin kakinya akan dikorbankan, atas buku lali...
(ini yang aku dengar citenya).
bila ziarah, baru pasti cerita sebenarnya....

Aiman nak balik!!!


belum pun 90 hari.
dah nak balik KL.
dah nak pindah sekolah,
nak sekolah SEMI Abim kembali.
macam-macam alasan.
nak percaya ke tidak.
orang lain, cuti sekolah baru balik,
ok pun.
kita yang tiap-tiap bulan balik,
ape cite.

wow!
bikin kecoh.
bikin risau.
bikin resah.
mak bapa.

pujuk dulu.
sabar dulu.
tunggu dulu.
mula-mula memang macam tu.

minggu ini nak balik rumah.
ok, mim belikan tiket.
esok jam 5 petang flight dari KB.

Tuesday, February 14, 2012

Batu Oh! Batu

Nampak tak?
Apa tu?
Besarnya boleh tahan.

kah!kah!kah!.
itu batu la.
dalam wife aku punya makanan.
nasib baik tak tertelan sama.
sempat buang.
tapi terkejut juga aku.
tak kan batu sebesar tu tak perasan.
main masak je ke?

hati-hati.
semalam punya kes.
di restoran asam pedas bangi...

Sunday, February 12, 2012

Mandi Kolam;

Semalam lepas perlawanan,
bola sepak antara Kelantan lawan Terengganu.
Aiman mesti call punya, nak tahu keputusan perlawanan.
Bila diberitahu, Kelantan menang.
Wow! bersorak riang....
Itu yang dia call.


Mula-mula takut air. Tak nak mandi. Bila dah ok, tak nak naik...Lain kali  kita datang lagi!!!

Sat lagi,
lepas solat asar.
nak ke kompleks kejiranan precint 16 sekali lagi.
nak bawa baby dan amar mandi kolam kat sana.
hari khamis lagi dah janji.
aku balik tadi, mereka dah siap pakai baju mandi.
tak sempat nak rehat, tapi demi anak-anak aku pi jua.

Kelaparan lepas mandi. Nasi ayam dan mee goreng basah jadi pilihan baby. Licin pulak tu. Erin dan Elisya juga datang...

Si Amar pun lapar ke? Separuh roti booom. Hebat juga si amar ni makan...

wow!
lepas makan-makan,
kami bertolak balik.
nasib hujan turun,
jadi mereka berhenti awal.
6.30 dah berhenti.

Aku wat apa.
apa lagi, baca buku.
nak habiskan juga buku yang aku beli tengahari tadi.
menarik dan kena habis cepat, kalau tak buku akan bertambah.

Saturday, February 11, 2012

SMS Dgn Anak..

Abang...
Abang ada pertandingan nasyid hari ahad ini.
Kena pakai kasut hitam, tapi abang tak ada.
Esok abang gi beli, boleh tak?

Mim.
Abang ada duit tak?
Ajak senoir gi beli kasut bata.
Esok oouting kan?

Abang SMS.
Abang ada RM99.

Mim SMS.
ok...

Thursday, February 9, 2012

Ghairah Lelaki????

Apa sudah jadi.
Apa akan jadi.
Akan menjadi-jadi.

Anak-anak kita membesar,
dalam bermacam-macam hal.
Dulu kita tak pernah tahu, kewujudan ini.
Kini dah meluas.

Ya Allah selamatkan aku, anak, cucu dan seluruh
keturunan aku dari segala dosa-dosa ini.

Tekan PC,
bisa lihat, bisa baca...

Iman menjadi benteng.

Kecek Nga Anok..


papa.
sebelum hantar baby ke sekolah,
singgah dulu kat 7e.
baby nak beli pembaris dan sharpener.

terdiam aku.
baru je beli.
nak beli lagi.
hilang lagi.
entah berapa kali lagi,
kena beli benda-benda begitu...

Wednesday, February 8, 2012

Lagi Kisah Baby.

Balik sekolah nanti babym
nak main  badminton lagi dengan papa.
dah ada tugas menanti,
layan baby main sekali lagi hari petang nanti.

wow!
main bersama baby, saat yang dinanti-nantikan.
aku kena layan baby main,
biar berpeluh, bakar lemak sikit, kasi kecik sikit.
kalau tak main, aku takut baby obesiti pulak.
payah nak turun berat badan.
baru darjah 2, berat cecah 44 kg.

wow!
obesiti dah tu.
tapi sejak akhir-akhir ni,
aku nampak baby kurang makan nasi.
lebih kepada lauk je,
terutamanya ayam...

Permintaan Baby.


Lepas makan kat kedai Rejab.
Aku jalan bersama-sama dengan baby.
Ketika itu dia buat permintaan dengan aku.

Abah boleh tak kalau baby;

Hari ni baby baca buku.
Esok baby tengok tv.
Esok lagi baby baca buku.
Lepas tu baby tengok tv lagi.
Boleh tak papa.
Tak boleh!
Hari2 kena baca buku.
Ok papa..

Tuesday, February 7, 2012

Tak Sekolah.

wow!
balik kg itu hari.
lama dari biasa.
sempat sembang-sembang.
banyak hal, banyak info.

Malas nak gi sekolah.
Hantar sekolah, balik semula.
Akhir sekali tak sekolah langsung.
Ada sekolah setakat darjah 1.
Ada sekolah setakat darjah 6.

Rugi tau.
Sekarang belum nampak lagi.
10-15 tahun lagi baru nampak.
Akibat tak sekolah.
Akibat tak sambung sekolah.
Nak kerja, semuanya mau sijil.
Tak ada sijil, tak ada kerja.
Kalau kerja sendiri, ok la.
Kalau berniaga sendiri, ok la.


Aku pun terkejut.
Mula-mula dengar.
Mak hantar sekolah, tak nak masuk kelas.
Mak balik rumah, dia terus balik.
Setakat ni ada 4,5 orang macam tu.
Kesian masa depan.
Kalau perempuan, boleh tahan lagi.
Bila kahwin, laki yang tanggung.
Tapi lelaki sikit susah.
Mungkin x ada perempuan nak buat laki.
Ah malas nak buat telahan.
Anda tahu sendiri.
Tak ada pelajaran zaman ini.
Susah nak hidup.
10 tahun ke depan lagi susah.

Kalau tak silap aku.
Kerajaan boleh dakwa ibubapa yang anaknya tak sekolah.
Tapi ini lain punya kes.
Mak bapa beria-ria hantar anak ke sekolah.
Anaknya yang tak sekolah.
Bukan mak bapa tak mampu hantar sekolah.
Si anak tak mahu gi sekolah.
Bukan tak ada adik beradik sekolah.
Cuma dia je yang tak nak gi sekolah.

Ada yang dok pusing2 kg je.
orang lain ke sekolah, kita ????
Orang lain sibuk belajar, kita...
Aku harap mereka yang tak nak sekolah, berubah.
Masih boleh terima lagi persekolahannya.
Asalkan nak....

Monday, February 6, 2012

Detik Utk Dikenang.

Sahabat Blog.
Dah seminggu tak ada entry baru.
sibuk? kah!kah!kah!kah!
apa kerja. kah!kah!kah!
balik kg la.
Ayah aku meninggal.
Chek aku meninggal.
31/1/2012. pagi selasa.
kat kg x ada line internet.
ada pun slow macam kura-kura.(macam tak ada)
lagi pun agak sibuk.
orang datang melawat.
petang bersiap-siap masak untuk jamu ore tahlil.
semalam baru habis.

terima kasih buat sedara mara yang sudi membantu.
Mak tak leh wat apa, hanya tunggu ore datang melawat.
kak ana, kak yah, kak moh, tok aji ize, kak joh kuek,
mok noh, siah, dan ramai lagi.
petang2 meriah.
hari pertama(selasa) menu biskut cicoh air teh.
hari ke 2(rabu) menu beehun goreng.
hari ke 3(khamis) menu nasi belauk,gulai daging.
hari ke 4(jumaat) menu laksa.(tidur kat pasir putih-tak buat apa tidur sepanjang hari. mengantuk sakan-minum ubat batuk)
hari ke 5 (sabtu)menu nasi lemak.
hari ke 6 (ahad)menu nasi kerabu..(tak sempat, bertolak awal ke KL)

Ramai waris chek yang hadir.
jumpa sepupu aruah. jarang jumpa. ada yang tak tahu pun sepupu.
rupa-rupanya ramai juga sedara aruah...sedara aku skali....

Kebumi di kubur malar.
Upah gali kubur RM300.
Papan RM50.
Kain putih RM100.
Baca talkin tok nyulu cik husin.
Guna van jenazah masjid kubang gendang.


Sunday, January 29, 2012

Aiman call

Sahabat blog.

Dah masuk hari baru.
Ahad dah tiba.

Jap tadi.
Aiman call.
Bukan ada apa-apa pun.
Sekadar nak tahu result bola malam ini.
Kelantan VS KL dan LIV VS Man U.
dah tahu, seronoklah.
Kelantan 3, KL 0.
Lebih-lebih lagi bila LIV menang.
Tidur lena la gamoknyo.

dok hostel mana boleh tengok bola.
TV pun mungkin tak ada.


Saturday, January 28, 2012

Karnival Karangkraf 2012.

Sahabat blog.

Sabtu. Ramai yang cuti @ masih bercuti.
Masih di kampung.
Esok baru bertolak ke kota raya.
Perguna cuti sepuas-puasnya.
Kalau tak rugi.
Cuti Raya Cina sampai ahad.
Isnin baru kerja semua.
Lama cuti tu bro.
Nak mula kerja, bisa liat.
Bisa malas.
Bisa kelewatan hari isnin.
Jalan pun sesak kembali.
Aku hantar anak sekolah pun perlukan 30 minit baru sampai.
2,3 hari lepas, hanya 15 minit, dah sampai sekolah anak aku.
wow! bukan selalu dapat peluang begini.

Hari ini.
Seronok juga.
Tak payah hantar anak ke sekolah.
Dah seminggu bertugas hantar anak ke sekolah
dan mungkin menjadi tugas aku untuk sepanjang tahun 2012.
Mula-mula tu, liat juga tapi bila dah lama dah jadi biasa.
Timbul pulak keseronokan, pagi-pagi hantar anak ke sekolah.

Sebenarnya tahun 2012, baru aku kena hantar anak ke sekolah.
Tahun-tahun lalu, aku punya anak buat yang buat kerja ini.
Aku tugaskan dia buat kerja tu, bukan free, bergaji tau.
Tapi tahun ini, aku ambil alih tugas tersebut.
Gerak kerja biz pun lebih tertumpu lembah Kelang buat masa ini.
Cuma sekali-sekala je keluar dari lubuk ini.
Itu pun hanya hujung minggu dan tak kacau aku punya tugasan pagi.
Lagi pun Ameerah sekolah dekat USJ sahaja.
Dekat je dengan aku punya rumah.

Jam 6.45 petang semalam. Aku jejak kaki ke sini. Happy sakan. Walaupun tersesat. Ribuan buku tersedia untuk dimiliki.
Ternyata lebih besar, lebih gempak. Lebih banyak booth pameran selain booth jualan.1,2 jam memang tak cukup. Nak pilih buku pun tak sempat kalau gi setakat 2 jam.


Pagi dan sepanjang hari ini.
Apa mahu buat?
Aku akan habiskan beberapa buah buku yang aku beli semalam.
Harap-harap bisa habiskan, mana-mana buku yang patut.

Karnival Karangkraf 2012, juga aku beli beberapa buah buku.
Murah pulak tu.
Buku lama harganya RM5, RM10.
Kalau buku baru, diskaun 30%.
Itu yang borong sakan.
Ada juga buku-buku yang aku tak jumpa pun kat kedai-kedai buku.
Kat karnival ada, apa lagi sapu terus.

Wow! sempat bergambar dengan Dato' Ustaz Hj. Md. Daud Che Ngah. Ustaz pun ada jaga booth juga. Sempat lagi sembang-sembang dengan Ustaz. Kat booth Ustaz, ada jadual Umrah & Ziarah tahun 2012/1433H, yang ditawarkan oleh syarikat Andalusia Travel & Tours.
Salah satu booth yang ada. Harley Davidson. Memasang impian. "Satu hari nanti, pasti kau ku miliki."Tak nak beli motor, beli la lain-lain barang. Baju ke. Topi ke....

Ini pulok Cagiva. Harganya boleh tahan juga RM88K. Kat karnival boleh tengok. Mungkin hari ini, crew yang jaga ada. Boleh tanya-tanya. Mana tahu berkenan dan kena dengan baget. Meniaga sedang naik..

Booth penulis pun ada.
Boleh jumpa dengan penulis sendiri.
Mungkin hari ini, booth mereka sendiri yang jaga.
Boleh sign autograf...hi!hi sebagai kenangan.





DR telah melancarkan buku tulisan ke 100. WOW! hebatnya DR. Semalam pun aku tengok, Dr cukup-cukup bersemangat. Cukup-cukup ceria. Apa-apa pun tahniah buat Dr, penyumbang kepada khazanah bangsa Melayu.


Salah sebuah novel yang aku beli semalam. Bila nak baca pun belum pasti lagi. Mungkin tak berapa sesuai dengan usia aku. Tapi aku beli kerana kagum dengan kebolehannya menulis. Masih muda dan masih belajar. Aku lebih berumur dari dia pun tak ada buku sendiri. Dia dah ada 4 buah, kalau tak silap aku. Semalam dalam Berita Harian ada kisahnya. Itu yang buatkan aku beli novelnya.




Friday, January 27, 2012

Call!

Semalam.
Jam 10.45 malam.
Dapat call.
Entah, tak tahu dari sape.
Tak naik nama.
Aku jawab.
Rupa-rupanya anak buah.
Call nak bagitahu, chek kat Hospital Tanah Merah.
Sembab, kaki dan muka.
Tak boleh kencing.
Dr. masuk wayar, untuk keluarkan air kencing.
Nasib baik ada Pok Teh.
Pok Teh yang bawa gi spital.
Kena paksa.
Tak paksa, tak nak gi spital.
Orang tua, gitulah sifatnya.
Nok dok kat rumah.
Walaupun sakit.
Umurnya pun dah cecah 80 lebih.
Lagi pun chek tak leh tidur terbaring.
Tidur pun sambil duduk sahaja.
Ini dah lama.Tidur sekejap-sekejap.
Asyik terjaga saja.
Kalau X ok.
Aku kena balik....

Sekejap tadi dah call anak buah.
check dah ok sikit. tapi mungkin kena tahan kat spital sehari dua lagi.
Nasib baik anak buah yang belajar kat UPM masih bercuti.
Boleh teman chek kat hospital.
Boleh bergilir dengan mek.
Kalau tak susah juga.
Tambahan mek pula, tak boleh berjaga sangat malam.
Poning kepala, kalau tak cukup tidur.

Aku doakan agar chek cepat sembuh.


Wednesday, January 25, 2012

Amar Pada 25/1/12

Amar.
Bersama permaianan barunya.
Burung dalam sangkar.

wow!
ralit Amar main pagi tadi.
Malam dah puas main.

Muhammad Khaleed Amar.

Cuti!!!!


Masih sunyi. tak berapa sibuk. tak banyak kenderaan lalu lalang. hantar anak sekolah pun cepat je. tak jem. seronok kalau setiap hari begini. tapi aku yakin suasana begini pasti berakhir. kalau tak petang ni, pagi esok. kembali sibuk. kembali sesak jalan. kembali banyak kenderaan.

Hari ini,masih cuti. sekolah masih cuti. kedai-kedai banyak masih tutup. pejabat masih lengang. masih ramai yang bercuti. masih ramai,masih di kampung terutamanya guru-guru. Lebih-lebih lagi kalau ke 2 2nya guru. kalau salah seorang kerja lain, mungkin dah balik KL. hari ini opis dah mula kerja.

Rabu depan cuti hari wilayah(1/2). sorry untuk wilayah persekutuan sahaja. lain-lain jangan pulak bercuti. Ahad(5/2) cuti Maulidurrasul. Jadi isnin(6/2) akan cuti. Ada satu lagi cuti (selasa)iaitu hari thaipusam(7/2). Tak semua negeri cuti. KL, Putrajaya, Johor, N9, Perak, dan Selangor. Lain-lain kerja. bagus ke cuti selalu. belum panas kerja, dah cuti. hi!hi!hi!

Kerja opis je selalu cuti. Berniaga mana ada cuti sangat. Kedai mana selalu tutup. Kerap cuti, produktiviti menurun. Tak kaya la bro........



Tuesday, January 24, 2012

LCCT

LCCT.
Hantar Aiman.
Nak ke Kelantan.
Esok dah sekolah.
Akan kembali semula ke KL, 1 bulan dari sekarang.
Dah berubah sakan. Dah berdikari.


tengahari nanti aiman akan terbang ke KB semula. esok dah sekolah. sekolah minta cuti, rabu dan khamis. Tapi YIK tak lulus. dah lama cuti. dah 5 hari. dah cukup. lagi pun sekolah baru buka. enjin belum betul-betul panas dah cuti panjang.

flightnya jam 3.40 petang. sampai jam 4.40 petang. wan inda akan ambilnya dari airport. hantar ke asrama. tapi ke ke airport mungkin 2 jam awal. aiman mana boleh lambat.

bulan 2 mungkin tak balik. aku akan turun KB pada 24/25 feb ini. jadi tak payah balik.

baby dah 2 hari tidur kat rumah cdm kuyah. hari ini baru balik. esok dah sekolah. sekolahnya tak ambil cuti untuk hari rabu, khamis dan jumaat. sekolah agama dan tak ada pelajar cina. tak payah sekolah ganti.


Monday, January 23, 2012

TETAMU


Semalam.
Aku terima tetamu.
Anak buah, datang dari JB.
Sedara dari Meru Ipoh.
Sempat makan malam rumah aku.
Pekena sup tulang, kari terung, sambal tempoyak.
Simple tapi menyelerakan.



Anak buah aku ni mengajar kat sekolah johor.
Pendidik khas.
Kakak Pok Wea.

Sunday, January 22, 2012

Ahad Yg Sunyi.

Sahabat blog...

Tiket Aiman dah beli. Yahooooooooooo!

Ahad.
22/1/12.
Sunyi.
Sepi.
Kereta tak banyak di jalanan.
Syoknya kalau begini selalu.
Perjalanan lancar sahaja.
Tak sangkut-sangkut.

Maklumla, cuti Tahun Baru Cina.
Ramai balik kampung.
Cina balik kampung.
Melayu balik kampung.
KL sedikit kosong.
Jiran sebelah rumah(kiri;melayu) dah balik kg.
Sunyi je rumah. Kereta pun dah masuk dalam.
Jiran sebelah kanan(cina), pun dah senyap.
Berkumpul rumah kakaknya barangkali.
Kedai-kedai Taman Bukit Kinrara banyak dah tutup.
Kedai Acheh, pesan.
4 hari tak ada ikan dan lauk-lauk lain.
Kena beli bekalan untuk 4 hari.
Pasar borong cuti, peniaga cina mungkin seminggu tutup kedai.
Aku lalu depan Tesco, gelap je. Banyak kedai dah tutup.
Tutup.....

Kawan Berbangsa Cina.
Ada juga tapi tak ramai.
Masa sekolah menengah chetok.
Ada juga kawan-kawan berbangsa cina.
Tapi aku dah tak berapa ingat.
Dah lama tak jumpa mereka.
Berpisah bila tamat tingkatan 3.
Kat sekolah dato mahmud pun ramai juga kawan cina.
lepas sekolah dah tak jumpa lagi.
Masa kerja, ada beberapa kawan cina.
tapi tak ramai....

Aku..
Tak balik kg.
Dok KL saja.
Lagi pun bulan awal tahun dah balik kg.
Hantar Aiman sekolah kat Kelate.
Ini cuti, Aiman balik KL.
Selasa ni baru kembali ke KB semula.
Rehat-rehat, santai-santai.
Baca buku. Ada koleksi baru.
Koleksi lama yang belum baca lagi pun ada.
Ingatkan sehari dua ini, nak habiskan sebuah buku.

Tiket flight pun dah beli.
AirAsia punya la.
Senang beli tiket.
Kat IOI Bouleved ada.



Saturday, January 21, 2012

Sabtu Sebelum Raya Cina

Dah petang.
Pantas masa bergerak.
Semakin dekat mahgrib.
Hujan turun, tapi tak berapa lebat.
Cukup sekadar membasahi bumi.
Cukup untuk pokok tumbuh subur.
Cukup untuk pokok-pokok bunga aku kembali segar.
Taklah layu je, harapkan tuannya tak berapa nak rajin siram pokok.
hi!hi!hi! biasalah. rajin tekoh-tekoh. rajin ada maso-masonyo.

Sabtu.
Tak banyak aktiviti.
Cuma tengahari tadi temankan Aiman main bowling di IOI.
Main sampai 5 game. Aku telaah buku sambil beri support.
Happy bila lihat Aiman enjoy dengan permainannya.
Ada sedikit peningkatan, tapi kalau lebih tenang aku yakin Aiman lebih baik lagi balingan.
Main dengan geram dan tekanan. Itu sebabnya bola asyik ke tepi je. Kadang-kadang masuk longkang.

Sebelum main bowling, melantak dulu nasi ayam. CRC di Giant Bandar Puteri.
Mula-mula Aiman ajak gi makan kat Restoran Skincang Ikan Bakar.
Sampai-sampai Bandar Puteri, tukar pikiran. Nak makan nasi ayam pulak.
Aku ikut je, masih kenyang lagi. Gi aku melantak sama. Mana boleh tengok saja.
hi!hi!hi!Silap-silap Aku yang melantak lebih.

OOOIT!
Sebelum main, solat Zuhur dulu.
Lepas main pulak, singgah duluu kat Kedai Buku Popular.
Nak beli buku, tapi bila lihat que nak bayar panjang sangat, terus tak jadi.
Lagi pun masih ada lagi buku-buku yang belum habis baca lagi.
Tak jadi beli buku, singgah kat A&W. Burger dan airnya.
Lepas tu balik rumah.
Santai-santai dan tidur-tidur ayam.
Tunggu bola malam ini.
Pasti menghiburkan.
Lagi pun layan bola bersama Aiman.

IOI pun ramai manusia.
Sedang berbelanja sakan.
Diskaun pun boleh tahan.
Kalau jenis tak tahan godaan.
Belanjan sakan, semuanya nak. Murah pulak tu.
Nak parking pun susah.
Nasib baik ada doa yang aku sentiasa amalkan.
Syukur lot parking memang mudah dapat.
Masuk je terus dapat. Seolah-olah tersedia kat situ.

Friday, January 20, 2012

seorang ibu balik kerja.
terus ke kedai.
beli lauk, beberapa ekor sotong.
dimasak menjadi santapan makan malam.
bersama suami dan anak-anak.


Jumaat ;20/1/12

Salam Jumaat.
Baru balik solat jumaat.
Pilihan aku Masjid Sri Petaling.

Solat kali ini bersama Aiman.
Dah sekolah kat Kelantan, jumaat dah cuti.
Jadi dapatlah ke masjid bersama-sama.
Kalau tak, sorang2 je lah.

Rutin biasa.
Air tebu.
Buah potong.
Nasi dengan ikan bakar.
Atau ratah ayam gulai.

Aiman pulak beli kamus,
Arab-Bahasa Malaysia.
Dah belajar sekolah Arab.
Kena memahirkan diri dengan Bahasa Al-Quran.

Nak buat apa petang ni?
Baca buku la.
Semalam dah beli.
Buat apa lagi.
Cepat habiskan buku tu.
Buku baru sentiasa keluar.
Setiap hari ada, lambat2 ketinggalan pulak.

Thursday, January 19, 2012

Baru sampai rumah.
Gi hantar Baby ke sekolah,
AT- Tamimi International Islamic School;
Lepas hantar, terus ke Serdang( belakang sekolah Tamil).
Breakfast dulu, mee sup.
Dari situ ke KOOP UPM.
Beli buku. Nak baca sat lagi.
Balik rumah. Boleh update blog ini.

Wednesday, January 18, 2012

Amar- 17.1.12

Amar pada 17/1/2012.
Kat padang permainan depan rumah.
Tiap-tiap petang nak ke sini.
Tak bawa  Amar keluar, asyik menangis,
serta asyik tengok arah luar rumah je.
kesian juga, padahal baru 9 bulan.
mungkin juga maid, telah bawa sejak umurnya baru 40 hari lagi.


Walker pun bawa ke taman....
senang nak urus.
masih belum boleh berjalan lagi la tu.

KB 2- Pulau Impian.

ha!ha!ha!
Sambung lagi catatan ini.
Jom layan, suka-suka, seronok, enjoy.
Sambil tunggu maghrib.
Sambil tunggu tugasan malam ini.

Lepas check in hotel.
Apa lagi, terus masuk bilik.
Buat apa masuk bilik.
jeng!jeng!jeng!
Solat jamak dulu.
Lepas tu baca paper, Mem terus lena.
Habis paper, baca pulak buku.
Sentiasa ada bekalan, kemana saja aku kembara.
Dah lama tunggu saat dan ketikanya.
Tak berapa kuat, berbadan dua.

Lena seketika.
Jam 5 petang.
Mem nak keluar.
Ronda-ronda KB.
Dah tak sabar, sambil-sambil cari apa yang patut.
Makan la tu, mana tahu terjumpa nasi kerabu golok.
Mee celup ke, kerang rebus, akok ke dan banyak lagi.
Aku malas nak keluar lagi.
Tahan dulu, kemahuan nak keluar, sambung menelaah buku dulu.

Mana boleh tahan.
Lama-lama, keseorangan kat bilik.
Aku pun keluar juga.
Saja nak tengok suansan petang di KB.
Foto2 ni aku ambil kat sekitar hotel je, tak jalan jauh pun.
Hujan dan batuk, malas nak jalan jauh-jauh.




Aku ke kedai buku.
Syarikat Muda Osman.
Lagi pun aku ni dah ahli.
Dapat diskaun 10%.
Sekarang ni berlumba-lumba syarikat buka keahlian.
Makin ramai jadi ahli, makin kukuh syarikat.
Oh! Aku terlupa, kad popular aku pun dah tamat tempoh.
Dah kena buat baru, kalau tak, tak dapat potongan 10% setiap kali beli buku kat Kedai Buku Popular.

Khuluk. Pemenang tempat ke-3, Hadiah Sako 3. Bila dah start baca, tak boleh berhenti. Itu pasal, 1 jam aku duduk kat restoran tu, tak terasa. Seronok dibuai kisah kemelut jiwa Kamal, Ezan dan Latticia. Aku pasti buku ini bakal menggegarkan dunia buku kat Malaysia. Dah baca, nak baca lagi. Kat situ ada satu lagi buku hebat, juga pemenang hadiah sako. 'Tak Seindah Mimpi' hasil tulisan Abd Rahman Hj. Yusoh. Lama juga masa diperlukan buat aku buat pilihan.
Jam 7 petang.
Aku menapak ke bilik.
Nak solat dan rehat sekejap sebelum dijemput oleh Wan Inda.
Nak gi Asrama Aiman dan makan pat pet belut di Pantai Cahaya Bulan.
Ajak Fazlan sekali. Tak ada Fazlan, makan tak best.
Kami ke Asrama Aiman dulu, hantar cetun, baju sekolah dan sijil-sijil.
Sempat sembang dengan penyelia asrama. Lama juga sembang, kenal-kenal. Mudah nak wat kkiro.
Lagi pun Aiman, sedang ikuti majlis bacaan yassin bersama rakan seasramanya.

Lepas itu kami bertolak ke PCB.
Menuju kedai belut.
wow! Masa kami sampai, hanya ada 2 puak je. 1 dah dapat. Cuma 1 lagi yang belum dapat.
Tapi puak mereka tu ada kira-kira 10 orang. Siap main daun terup lagi.
Tanda dah bersedia untuk lama menunggu.
Dah biasa datang sini kot.
Kacang pagoda pengubat waktu menunggu.

Kami pun apa kurangnya.
Bekalan memang bawa, agar tak lama sangat menunggu.
Tapi malam tu, kami menunggu tak lama. Hanya 1.15 sahaja.

Bila tiba waktu melantak. Dah tak ingat lama tunggu.
Terlupa dek kesedapan pat pet belut.
Aku sengaja kosongkan perut,
agar dapat menikmati sepenuhnya kesedapan pat pet belut tersebut.
Sape yang tak berapa lapar,rugi bagi aku. Tak dapat menikmati kelazatanya.

Jam 12, dah siap.
Kami kembali ke hotel.
Kali ini kami tumpang kereta Fazlan.
Kena tidur cepat. Esok pagi-pagi kena bertolak ke KL.
Flight jam 8.15 pagi. Jadi kami kena sampai sebelum jam 7.15 pagi.

Sebelum terbang. Baca paper dulu. Lihat tajuk2 menarik. Kutip ilmu, mana yang penting.
Sampai KL. Terus ke USJ 9.
Ikuti kelas Akademi Taipan181.
Tambah semangat. Tambah ilmu. Kongsi pengalaman.
Sempat jumpa dengan sahabat-sahabat sekapal.
Kapal menuju ke pulau impian.

Tuesday, January 17, 2012

KB1


14/1/2012
Sabtu
.
Aku dan isteri balik ke KB. 
Ada urusan persekolahan Aiman.
Hari penamat orentasi sekolah.
Ada taklimat terhadap ibubapa.
Sebagai ibubapa yang prihatin kami sanggup turun KB
Flight jam 7.15 pagi. Kami bertolak dari rumah jam 5.30 pagi.
Sampai Subang sebelum jam 6 pagi. Check in, solat subuh.
Nasib sikit awal kami ke surau, orang solat belum ramai lagi.
Suraunya kecil sahaja. Muat-muat 4,5 orang solat serentak.
Sudah je kami solat, berderu-deru orang menuju surau.
Malangnya kena tunggu, tak muat nak solat.
Tak boleh besarkan surau sikit?



Sebelum masuk, singgah sini dulu. Beli apa-apa yang patut. Paper dan majalah. Bekalan nanti.
Terbang ke KB, mengambil masa 1 jam 15 minit.
Waktu sebenar terbang hari tu, 7.25 pagi.
Apa yang kami buat, tidur saja.
Guna sepenuhnya peluang yang ada.
Paper beli tu buat apa?
Baca kat hotel nanti...

Sampai KB.
Ambil bagasi.
Tunggu Wan Inda datang ambil.
Persinggahan pertama. Makan dulu. Nasi belauk. Nasi dagang. Isi perut dulu. Kat Subang tadi ringan-ringan je makannya. Tengok Mak Cik ni, meniaga kat kaki lima je. Orang beli, makan kat restoran. Restoraan tak sediakan breakfast. Jadi rezeki Mak Cik belah pagi. 

Restoran Hover. Cina punya. Pekerjanya semua melayu. Tak ada masalah nak makan. Tokey hanya jaga duit sahaja.

Lepas makan.
Kami ke Mahaad Pengajian Islam.
Program mula jam 10 hingga jam 12.

Lepas tu.
Ambil Aiman.
Speck pula rosak.
Patah.
Kena buat lain.
Milan Optical Sdn. Bhd. Pekerjanya Melayu dan perempuan. Tokey seorang je Cina.


Tak buat spek baru. Cuma ganti bingkai saja. Hanya 10 minit siap. Nasib ada bingkai yang sepadan dengan cermin.
Lepas ganti spek.
Apa lagi, makan tengahari.
Mana lagi, kalau tak Perkampungan Kraf.
Aiman nak makan kat situ.
Sedap katanya. Nak makan ikan keli.
Sebelum melantak. Sempat juga aku berfoto dengan Aiman. Dah tinggi. Tak lama lagi sama tinggi dengan aku kot.
Lepas makan.
Ke Bazar Tok Guru.
Nak beli beberapa lagi keperluan Aiman yang belum cukup.
Beli baju sekolah, cadar serta kasut.
Kena cukup peralatan sekolah. Bukannya dekat dengan kami.
Nasib baik semuanya tersedia kat Bazar Tok Guru.
Cuba jangan tak cuba. Nanti tak muat pulak. Baju sekolah dah ada 4 pasang. Tapi satu dah tercabut butang. Jadi tak boleh nak pakai. Nak jahit, belum belajar lagi. Jadi kena cukupkan baju sekolah tu sampai 5. Senang 1 hari 1 helai.


Lepas situ.
Kami hantar Aiman ke Asramanya.
Jam 2 petang. Dia nak rehat.
Pagi tadi sekolah adakan qiamullai dan pagi terus ada program.
Nak rehat. Tak nak gi mana-mana lagi.

Tempat Aiman tinggal di KB. Asrama adalah banglow yang disewa oleh pihak sekolah.
Lepas itu kami pun berehat.
Check in kat Hotel Suria.
Dekat dengan Stesen Bas. Tengah bandar.
Senang nak ronda-ronda.
Lagi pun kat bawah ada Kedai Buku.
Nak cari buku, bila petang nanti.
Mana tahu dapat buku terbaru.
Bisa jadi koleksi tahun 2012.

Kami pun tertidur...............
Jumpa lagi lepas asarrr...